Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Thursday, November 12, 2009

TAMPAR

Salam.....


Lama tak post entry sbb tak de gambar terbaru... asyik aje terlepas event-event yang ingin dicatatkan sbb camera dengan hubby lak.


Back to topic of this entry, cuba ingat-ingat balik sepanjang hidup kita ni berapa kali kita kena ......tampar???? Mesti kita boleh ingat kan! (terutama tamparan fizikal).... Bagiku...itulah tamparan pertama setakat ini dan minta2 tak nak lagi sepanjang hayat dikandung badan. Ianya semasa kita di Tingkatan 1 di SMK Raja Muda Parit Jawa, kelasku 1 Cendekia diarahkan oleh seorang guru baru ke perpustakaan dan sebagai pengawas kita diminta servay duulu, Library sedang dikemaskini... so kita pun nak pergi ke kelas memberi laporan la kononnya. Sebelum sampai ke kelas, belum habis pun anak tangga kupanjat guru itu ada di hadapan, bila ku buka mulut "Cikgu ... tak boleh ke library..." satu TAMPARAN pun hinggap di pipiku dalam termanggu... kata dari guru itu yg masih ku ingat "Berani ye awak nak melawn cakap saya"... dan dia terus berlalu ke pepustakaan... dan dengar khabarnya senior yg disapa di library juga kena TaMPar....
Yang ingin kukongsi bersama di sini ialah.... RAsa dan PERASAAN kita selepas DITAMPAR tu... ADUH!!!!! sakit di pipi itu tak seberapa tapi sakit dan sedih diHATI tu membuak2, seribu satu macam perkara dan persoalan ???? tiba2 muncul di fikiran, tekak terus rasa kering dan kelenjar2 air mata macam faham je keadaan kita langsung menyediakan medium salurannya "NANGIS" je la...
Tamparan fizikal di atas tadi berbza dengan TAMPAAN NON -FIZIKAL

Thursday, October 15, 2009

Monday, October 12, 2009

Projek 1000 Cupcakes

Salam Aidil Fitri

Nak dibuat cerita Raya seminggu kita bergegas balik rumah untuk siapkan tempahan kawan sekolah PK Koko Pn Hjh Rohanah Yahya, 1000 cupcake oren sebagai buahtangan perkahwinan anak sulungnya pada 27 September lalu. Inilah tempahan paling besar pernah kita terima setakat ini dan tak terfikir pulak masa terima tempahan ini keadaan akan jadi haru biru maklumlah dah ada baby baru.
Jumaat lepas dapat pengesahan tempahan terus kita berprojek anak beranak, dengan kekangan saiz handmixer dan besen pengadun jadi menjelang 9malam hanya 300pcs cupcake siap in single packing sempat dihantar oleh husband ke rumah Pn Hjh Rohanah.
Esoknya Sabtu 26 Sept projek ini berjalan dengan lancar sekali apabila mak abah mertua datang bersama 2 adik yang masih belum pulang ke kota. Di samping berprojek tu ramai jugak tetamu saudara mara dari kampung datang berkunjung. Di sini ingin kita merakamkan ucapan terima kasih pada mak, abah mertua, Adik Ati dan Amal... tanpa mereka rasanya menangis jugak nak siapkan. Pukul 9 mlm temapah siap untuk dihantar, .... leganya rasa sampai lupa nak ambik gambar la pulak. Gambar atas sekali tu suami snap guna handphone, 700pcs cupcake dalam Gand Livina untuk dihantar ke rumah Pn Hjh Rohanah. Terima Kasih Kak Ana.. moga cepat menimang cucu pulak lepas ni!!

Bengkel Deko Kek Di Raya Ke-4




Hari Raya Aidil Fitri 2009


Salam Aidil Fitri Buat Semua....

Menjelang akhir Ramadhan.... kumohon agar dapat la kiranya satu atau 2 hari kunikmati manisnya bulan Ramadhan tahun ini.... tapi Allah Maha Besar.... menjelang Syawal doaku Allah tidak kabulkan..... mungkin Allah mahu memberi peringatan kepadaku akan besarnya Rahmat Ramadhan dan adakah aku menghargainya selama ini....

Pada 1 Syawal genap 34 hari kita berpantang.... jadi makan makan ni jaga ikut keadaan je lah... maklum lah bukan di rumah sendiri.... nak makan singgang/ pindang ke.... siapalah yg nak masakkan dengan semua rumah sibuk menyediakan juadah ketupat, lodeh, ayam masak kicap dan rendang. Jadi makan yang patut aje, ayam masak ungkep ke kicap gitu. Tapi dalam pada tu pagi raya pertama dan ke2 kita kena cirit birit pulak, alhamdulillah baby ok je.... tak tahu la apa yang jadi penyebabnya, kesian kat suami dan anak2.... petang sikit baru rasa lega dan baru dapat beraya.

Hari raya 2009 ini kulihat berbeza sedikit dari tahun lepas... di mana ada jiwa-jiwa yang terluka dalam riangnya takbir raya ... kini disinari kembali dengan kepulangan anak2 yang ditunggu-tunggu oleh si ibu dan bapa.

Projek Kuih Raya 2




Salam...

Projek 3 - Almond London, projek 4- Biskut Choclate Chip, projek 5- Biskut Suji Salju.
Dari 5 jenis ni 4 jenis adalah respi baru dicuba tahun ni..... Almond london lak nak cerita almondnya dibeli di mekah ke madinah gitu, buah tangan mak abah n nora balik umrah. Proses buatnya pulak beralih-alih tempat. Dohnya dibuat, digentel dan bakar oleh adik kita Nora, di rumah mak... tapi mak cerita... dia bawak doh tu sampai ke bilik... lastly abah pun tolong menggentel. Apa taknya si Nora lak baru kena "sunting" asyik aje bergayut kat telefon eeemmmmm..... gitu la org tengah belajo nak "bercinta". Lastly almond london tu di'coating' di rumah kita.

Tuesday, September 15, 2009

Projek Kuih Raya 2009 1

Salam.....
Anak-anak bila balik sekolah asyik aje menanya " bila umi nak buat ueh raya??" Mentang-mentang uminya ni ada di rumah..... So walau dalam pantang kita berprojek kuih raya jugak. Sebenarnya memang setiap tahun kita buat kueh raya sendiri, maklum lah kita dah biasa buatkan kuih utk rumah mak, mak mertua dan atuk sekali.Projek 1 - Biskut Kacang Peas


Projek 2 - Tat Rose - guna jem rozel

Monday, September 14, 2009

Hari JadiKu Ke 35





Hari ini Isnin, 7 September 2009 genap usiaku 35 tahun. Alhamdulillah Ya Allah besarnya nikmatmu ke atasku.... Umurku genap 35tahun dalam bulan Ramadhan, hari ke-21 berpantang bersalin anak ke-6. Alhamdulillah..... Sebab aam pantang tak dapat le makan kek kot... tapi tak tahu la macam mana... mak abah dan mak abah mertua atang berbuka dengan berbagai jadah berbuka di rumahku. Dan tika sibuk prepare utk berbuka, menghadap sinki dapur, anak2 menyanyikan aluan "Selamat hari jadi" dan kuterima ciuman suamiku, yg tak pernah miss menghadiahkan jambangan bunga dan tahun ini plus hadiah handbeg Alain Delon. Anak2 ku membuat kad ucapan sendiri dan menghaiahkanku sebuah buku masakan.

Birthday Hanani & Munzir



Ini adalah kek belated birthday Nurhanani (17/7) dan Mohd Mundzir Rabbani (7/7). Second time buat cartoon character.... tapi guna teknik berbeza.... tapi tak jadi ....






Nama Baby Baru

Waktu nak memilih nama memang memenatkan, semua macam tak sesuai, tak padan, tak cukup "kuat" utk digandingkan dgn "Nur Amira". Inginkan "Batriesya" tapi bunyinya macam lembut sangat dan tidak serius. Solehah dan Syuhada pula telah ada digunakan oleh sahabat setaman ni. Last sekali dah kesuntukan masa, akhirnya..... "Nur Amira Syuhada Bt Mohd Faizul" nama diberi.
Kasihnya seorang kakak kecik yang baru berumur 1th 7 bulan sudah beradik, tapi "tak jawa" lagi... dia tak faham batas nak 'sayang adik'. Kadang2 ditolak-tolak kepala adiknya dengan tangan, kekadang ditutup muka baby dan kekadang dimasukkan jari ke dalam mulut baby.
Tengok la kalau Nur Amira Syuhada ni haus....


Masuk Wad Neonatal Intensive Care Day 7

Hari Khamis ke-3 selepas ceasior dah dibenarkan balik, jumaat- lupa nak call poliklinik utk beritahu dah beranak, sabtu - cuti 31st Ogos, so pagi isnin on the way nak pergi urut baru blh call, tapi nurse datang cepat sngat pulak, belum sampai rumah dah datang, so hari selasa barulah dapat berjumpa nurse yang buat lawatan ke rumah. Nurse pesan pergi check darah utk ujian Joundice sebab baby nampak "kuning". Tanpa berlengah terus ke Poliklinik Bandar Maharani untuk test. Ya Allah readingnya 24.1 terus kena pergi wad Neonatal Intensive Care, yang sedikit lawak ... kena ikut procedure ibu n baby kena naik ambulance, jadi merasa la kita naik ambulance seumur hidup kita, sementara suami urus hantar anak2 balik rumah.

11.45 tgh- Inilah first time sampai wad macam ni, nampak baby2 dalam incubator, dengar tangisan2 baby dan wad yang lebih kecil dari wad ibu bersalin. Sementara bersoal jawab dengan doktor tentang keadaan baby, baby kami diambil utk ujian darah, then kami mendapat gambaran yang Joundicenya serius, reading 241 tadi telah di'convert' kpd 411, jika lebih 430 tindaan 'tukar darah' perlu diambil. So baby terus dirawat secara "intensive photo". Sewatu nurse sedang menyediakan peralatan, baby diserahkan paa kami, bila dibuka kainnya.... Ya Allah tangan kirinya berbalut selepas diambil darah utk test tadi dan tangan kanannya dipasang tiub untuk drip. Terus rasa sebak menyegah naluri keibuanku, biarlah rasa sakit tu padaku sahaja, tak rela rasanya melihat insan kecil ini disakiti begini
.... tak mampu kutanggung lagi sebak itu 'merenggut' dada... deras airmata ini mengalir, bila kucuba pujuk hati utk 'tatak' .... suamiku yang tidak bersuara sedari tadi kudengar seperti menahan air di hidung, dia juga menangis rupanya.. tak lama kemudian dia keluar.....
But that was only the beginning., next was even worst... baby ku diletakkan di bawah 2 lampu UV atas dan bawah dalam keadaan menyarap dan berbogel di dalam baby kot yang kosong yang ditinggikan sedikit di bahagian hadapan. Dalam keadaan itu babyku menangis tidak selesa dengan tangan kanannya didrip air. Sesekali dia tertidur kepenatan, bila dia haus kususukan dan bila dia menangis kupegang tangannya, usap badannya sambil menangis.... Alhamlillah keadaan ini tidak lama, dalam pukul 3@4 pagi lampu UV bawah dimatikan, kotnya pun dialas tilam dan sudah boleh dipakaikan dyper. Nampak baby lebih selesa dan lebih banyak tidur dari berjaga. Wad itu rasa sangat sejuk hinga ku menggigil dibuatnya, nurse pun nampak takut dan menyuruhku menelan 2 biji panadol "takut bentan" katanya.


Wednesday, September 9, 2009

Hari Jadi Kakak

Inilah kek yang tidak sepertinya yang mampu disediakan oleh uminya ni. Kakak kata nak kek yang banyak coklat-coklat.


Mohd Nasif, sepupuya sudi membacakan doa selamat hari lahir.

Sebenarnya Anak Sulungku Nurul Iman Bt Mohd Faizul ni lahir pada 4 Jun 1999, beza dua hari je dengan tarikh lahir lahir suamiku 2 Jun. Hari lahirnya jatuh pada minggu pertama Cuti Sekolah Semester Pertama tetapi terpaksa ditunda sambutannya kerana tak de sesiapa... ayah pun tak de. So lastly sambut masa sepupu dan makciknya Cik Yah dan Mak Andak pulang ke kampung

Musim Buah 2009

Munzir yang baru bangun tidur terus turun cari uminya yang tgh nolong atuk kait manggis. Baru tahun ni dia kenal dan tahu makan permaisuri buah manggis


Musim buah tahun 2009 ni alhamdulillah dapat rasa durian kebun Pt Jamil, manggis dan pulasan halaman rumah atuk Pt Ibrahim. Nak dibuat ceritanya kat Pt Ibrahim utk dapat manggis dan pulasan tu atuk terpaksa korbankan 2 pokok rambutan kepada "sang monyet".

Inilah atuk kesayanganku yang selalu ingat anak cucu bila tiba musim buah, pokok manggis ni selalu dibelek-belek di cari mana2 manggis yang baru "mata ikan" dikait, dikumpul dan diperam tunggu anak cucu. Yang paling untung kami la... sebab 2 minggu sekali mesti balik umah atuk.

Saturday, August 29, 2009

Kelang Kabut Dibuatnya


Salam...

Jumaat 14 Ogos 09 - Check Pragnancy di O&G Hospital Muar, As what has been decided from the last appointment that I have to deliver my 6th baby by LSCS (bedah le tu) because..... 1st reason: there are risk of "rahim" burst due to i conceived again only 10 months after the 1st LSCS 15 Jan 2008 and 2nd reason: the baby was in breech position..... so today I've got the schedule: To be warded: Teusday 18/8/09 and LSCS on 19/8/09. Earlier than what i've expected before...

So I have to speed up to finish my work at school.... nak print Analisis SAP Ujian Julai, nak siapkan Penyata Kewangan PIBG bulan Jan~Julai. semua mesti siap hari isnin, jadi boleh serahkan pada hari selasa.

Isnin 17 Ogos 09 - Pagi tu mula cerita pada kawan2 tentang nak kena LSCS pada hari Rabu. Sedang print analisis SAP di Makmal Komputer, about 11.45am I got a call from an unfamiliarfixed line number. Ya Allah!!! Dr Adila (the person who've LSCS me last year) call dari HPSF mentioning that I can be put in Teusday 18/8 LSCS Schedule where that means I must be warded today and she said "masuk wad secepat mungkin ye kak!" My head go "blank" for a while and the 1st person I called was my dear husband. He rushed back to Muar from Simpang Renggam. Sebelum 1.50ptg rushed ke Bilik Guru dan sempat settlekan beberapa voucher PIBG, sambil cerita lak latest news ni.... ramai sahabatku wish good luck, tak kurang yg memelukku buat hati ini tersentuh. After lunch I came back to school to finish printing Analisis SAP Julai dan report Hari Keusawanan. After hand over them to my PK and PK Koko... good bye my school.
Pukul 1.15 straight balik umah, lepas solat zohor, kemas popok2 baby yang dah basuh semalam tapi lom lipat, bajuku dan bende2 yg patut dan completekan senarai voucher PIBG dalam buku tunai. Dalam kul 4.30 baru bergerak keluar rumah menuju ke hospital.... say hati bila terkenangkan wajah Mundzir dan Sofea yang tak sempat kutatap apa lagi cium. Lepas daftar masuk Dewan Bersalin kuikuti procedure admit. The 1st word was ask by the doctor was "Kenapa pukul 5 baru nak masuk". Then.... here i am again to wad 2nd kelas ..... katil, bantal, bedsheet dan blanket, baju hospital warna pink dan kainnya merah.. semua nampak macam sama and i tried to shed my fear of the last LSCS experience....


Monday, June 29, 2009

Hari Guru SMK(P) Sultan Abu Bakar 2009





Pertandingan Buat Gubahan ni... tengok la En Hashim pun pulon gak..

Tahun ni Hari Guru di sambut awal sikit sbb 16 Jun tu weekend. Tahun ni again handled by Form 6 students. Aktiviti utk guru berbentuk indoor je so boleh kita yg "membuyung" ni ikut serta.

Birthday Ayah 4th Jun







Selamat Hari Jadi ke 34 Ayah!!!!

I made this cake specially for him on his 34th birthday. Semoga Abang sentiasa dalam rahmat Allah, sihat selalu, dibuka pintu rezeki seluas-lusanya, dipermudahkan semua urusan, dikurniakan kemuliaan, lisan yang berhikmah dan hati yang tenang.
Nak cerita kek ni tak la perfect sebab masa tu baru je ngan fresh cream handling ni..... lama sgt menyimen kek tu... dah la kurang quantitynya bila anak2 dok colek sikit-sikit masuk mulut, bila nak decorate cream dah lembik. Tapi kira ok gak sebab anak2 suka sgt ngan rasa gandingan fresh cream n buah peach tu.



Hanani Main Bola Jaring

Salam.
Maap la lama tk update.... Cuti sekolah bulan Jun lalu sibuk menanda.... lepas tu ada aje halangan susah nk cari ample time nk blogging. Awal cuti tu kami sefamily ke bermalam di rumah Fauzi sebab ada Sukan Pasti Johor. Hanani jadi wakil daerah Muar dlm bola jaring.... tengok la macam mana dia bersedia....
Tahun ni lain sikit, Ayah dah kena dok jadi VIP kat pentas, masalahnya si Munzir la.... siap mengamuk tak leh ikut.... lupa nk snap masa dia tengah menangis, at last dapat idea nak beli jiwa dia ngan benda ni.... tengok la syoknya dia main lepas nangis n merajuk...