Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Saturday, July 2, 2011

Peristiwa 13 Mei 2010


Peristiwa yang terjadi semasa on the way ke madrasah Pt Sakai Laut, di Jalan Joned, belakang Taman Bahagia. Puang dari sekolah bersama Iman, siham dan hanani... selepas simpang Ke Pt Hj Baki ada sebuah kereta agak perlahan, ingin kupotong tapi dekat dengan simpang-simpang masuk ke Taman.... tiba-tiba kereta itu beri signal ke kanan... ketika kumahu memnekan brek itulah  seperti semanya bergerak laju.... rupanya memang laju... minyak pula yang ku tekan... untuk mengelakkan kereta yg hendak membelok ke kanan itu .. ku ambil lebih kanan... akhirnya... ku ter"pelosok" antara tiang warung kecil dan pagar rumah yang kurempuh itu ter'twist' dan livina ku yg baru berusia 10 bulan itu melanggar bucu rumah yang terletak sebelah Dafa Trading..... sehari sebelum Mesyuarat PIBG 2010. Perkara pertama ku lakukan selepas keretaku terhenti... telfon hubby yg berada di Simpang Renggam. Kemudian ada 2 orang bermotosikal berhenti dan bertanya keadaanku dan menalifon ambulan. Rasa sakit di bibir atas, rupanya teratuk di stereng, siham yang duduk di sebelahku menangis sakit tangan katanya... hanani pun ikut menangis, ... iman mula2 tak nangis... tapi nangis juga selepas keluar dan melihat keadaan kereta dari luar...
Ingin kurakam terima kasih tak terhingga kepada kawan2 SAB terutama kak Fauziah @ Rashidah  dan suaminya Abg Adnan juga Kak Bushra yang datang ke lokasi kejadian dan membantu ku sekeluarga...
 inilah kerosakan yg livinaku alami...




seikit kesan pada bucu rumah


Kulluhum Kek-Kek 2010

Kek Chocolate Moist

Kek Pandan Layer

Cupkek Chocolate Moist+Ganache+Bunga Royal Icing

Kedua-dua kek tempahan Kak Wahida rakan guru di SMK(P) SAB

KekChocolate Moist+Buttercream

Beratnya hampir 5kg loyang 16' atas board 18'.Atas permintaan suami utuk Majlis Sambutan Hari Guru PASTI peringkat negeri Johor

Kek Fresh Cream +ganache+Buah Peach

Kek untuk Munzir bawa ke sekolahnya

Kek Fresh Cream+Topping Bluberry 
Tempahan Kak Lailayati rakan guru di SAB

Kek fresh cream (span coklat)+topping bluberry+syrawberry budget

Kek birthday hubby

Prolong Jaundice and The men Tn The House

 Salam..
Baby Talhah ini pun macam Syuhada... kena prolong jaundice, macam2 petua ku cuba; mandikan dengan daun belimbing, daun dukung anak, beri air anggur hijau, air kundur, urut dengan minyak Jerslin namun ujian TSBnya fluctuate kejap 14, turun sikit 13, naik sikit 15. Hingga jumaat hari ke 24 (agak2) Kak Ramlah Ngit (rakan guru) memberi petuanya; air gula dititis dalam mulut, terus kubuat. The next Monday hari ke 27 TSBya tinggal 8.2... alhamdulilah leganya... tak perlu repeat lg.



ni gambar2 di dalam wad NICU, tengah treatment phototherapy

Kelahiran Anak Ke 7 Muhammad Talhah Ubaidillah

 Assalamualaikum....
Alhamdulillah segala puji kepada Allah yg hanya Dia yg layak disembah, selawat dan salam kpd sabda junjungan Nabi Muhammad Rasullullah serta para sahabat...
Lamanya tak update blog sendiri ni... dan kali ini dalam kelapangan Cuti Bersalin 90hari ini, insyaAllah blog ini akan selalu diupdate...
Pada 9 bulan yang lalu, lewat Ramadhan 2010, Allah menganugerahkanku kehamilan ke7, rasa diri seperti tak bersedia kerana Syuhada baru 1 tahun, tapi pasrah dengan ketentuan Allah kerana Dialah yg maha tahu apa yang terbaik buat kita. Seperti yang dicanang oleh kebanyakan jururawat ini akan jadi kelahiran yag terakhir kerana 2 kelahiran lepas adalah secara pembedahan, dan lagi jaraknya agak rapat jadi anak yang ini juga perlu dibedah dan prosedur 'ikat' pun perlu dibuat. Ku turuti saja kerana pasrah dek pelbagai resiko yg dinyatakan oleh doktor sekiranya beranak normal atau mengandung lagi.
Jauh di lubuk hati ku ingin anak lelaki lagi seorang, tapi tak brani berharap sekadar ku selitkan dalam doa sahaja.. Tapi pada satu hari Munzir yg kini 5 tahun ada berkata "Umi... nak la baby lelaki macam Abang(panggian dirinya), macam ayah". Aku cuma mampu membalas "Allah je yang boleh buat macam tu... Abang doa la lepas tiap solat minta dengan Allah ye"..
Akhirnya... pada 23 May 2011 selamatlah ku dibedah dan alhamdulillah... apa yg nurse tunjuk sejurus baby dikeluarkan itu adalah yang sangat ingin ku lihat pada anak ke 7 ku .... Ya Allah banyaknya nikmat kurniaanMu padaku...terasa diri ini begitu kecil, Ya Allah jadikanlah aku umatmu yang bersyukur...
Selepas selesai semua... keluar dari OT terus kubisik ke suami "nanti ajar Munzir sujud syukur ye bang"