Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Tuesday, September 15, 2009

Projek Kuih Raya 2009 1

Salam.....
Anak-anak bila balik sekolah asyik aje menanya " bila umi nak buat ueh raya??" Mentang-mentang uminya ni ada di rumah..... So walau dalam pantang kita berprojek kuih raya jugak. Sebenarnya memang setiap tahun kita buat kueh raya sendiri, maklum lah kita dah biasa buatkan kuih utk rumah mak, mak mertua dan atuk sekali.Projek 1 - Biskut Kacang Peas


Projek 2 - Tat Rose - guna jem rozel

Monday, September 14, 2009

Hari JadiKu Ke 35





Hari ini Isnin, 7 September 2009 genap usiaku 35 tahun. Alhamdulillah Ya Allah besarnya nikmatmu ke atasku.... Umurku genap 35tahun dalam bulan Ramadhan, hari ke-21 berpantang bersalin anak ke-6. Alhamdulillah..... Sebab aam pantang tak dapat le makan kek kot... tapi tak tahu la macam mana... mak abah dan mak abah mertua atang berbuka dengan berbagai jadah berbuka di rumahku. Dan tika sibuk prepare utk berbuka, menghadap sinki dapur, anak2 menyanyikan aluan "Selamat hari jadi" dan kuterima ciuman suamiku, yg tak pernah miss menghadiahkan jambangan bunga dan tahun ini plus hadiah handbeg Alain Delon. Anak2 ku membuat kad ucapan sendiri dan menghaiahkanku sebuah buku masakan.

Birthday Hanani & Munzir



Ini adalah kek belated birthday Nurhanani (17/7) dan Mohd Mundzir Rabbani (7/7). Second time buat cartoon character.... tapi guna teknik berbeza.... tapi tak jadi ....






Nama Baby Baru

Waktu nak memilih nama memang memenatkan, semua macam tak sesuai, tak padan, tak cukup "kuat" utk digandingkan dgn "Nur Amira". Inginkan "Batriesya" tapi bunyinya macam lembut sangat dan tidak serius. Solehah dan Syuhada pula telah ada digunakan oleh sahabat setaman ni. Last sekali dah kesuntukan masa, akhirnya..... "Nur Amira Syuhada Bt Mohd Faizul" nama diberi.
Kasihnya seorang kakak kecik yang baru berumur 1th 7 bulan sudah beradik, tapi "tak jawa" lagi... dia tak faham batas nak 'sayang adik'. Kadang2 ditolak-tolak kepala adiknya dengan tangan, kekadang ditutup muka baby dan kekadang dimasukkan jari ke dalam mulut baby.
Tengok la kalau Nur Amira Syuhada ni haus....


Masuk Wad Neonatal Intensive Care Day 7

Hari Khamis ke-3 selepas ceasior dah dibenarkan balik, jumaat- lupa nak call poliklinik utk beritahu dah beranak, sabtu - cuti 31st Ogos, so pagi isnin on the way nak pergi urut baru blh call, tapi nurse datang cepat sngat pulak, belum sampai rumah dah datang, so hari selasa barulah dapat berjumpa nurse yang buat lawatan ke rumah. Nurse pesan pergi check darah utk ujian Joundice sebab baby nampak "kuning". Tanpa berlengah terus ke Poliklinik Bandar Maharani untuk test. Ya Allah readingnya 24.1 terus kena pergi wad Neonatal Intensive Care, yang sedikit lawak ... kena ikut procedure ibu n baby kena naik ambulance, jadi merasa la kita naik ambulance seumur hidup kita, sementara suami urus hantar anak2 balik rumah.

11.45 tgh- Inilah first time sampai wad macam ni, nampak baby2 dalam incubator, dengar tangisan2 baby dan wad yang lebih kecil dari wad ibu bersalin. Sementara bersoal jawab dengan doktor tentang keadaan baby, baby kami diambil utk ujian darah, then kami mendapat gambaran yang Joundicenya serius, reading 241 tadi telah di'convert' kpd 411, jika lebih 430 tindaan 'tukar darah' perlu diambil. So baby terus dirawat secara "intensive photo". Sewatu nurse sedang menyediakan peralatan, baby diserahkan paa kami, bila dibuka kainnya.... Ya Allah tangan kirinya berbalut selepas diambil darah utk test tadi dan tangan kanannya dipasang tiub untuk drip. Terus rasa sebak menyegah naluri keibuanku, biarlah rasa sakit tu padaku sahaja, tak rela rasanya melihat insan kecil ini disakiti begini
.... tak mampu kutanggung lagi sebak itu 'merenggut' dada... deras airmata ini mengalir, bila kucuba pujuk hati utk 'tatak' .... suamiku yang tidak bersuara sedari tadi kudengar seperti menahan air di hidung, dia juga menangis rupanya.. tak lama kemudian dia keluar.....
But that was only the beginning., next was even worst... baby ku diletakkan di bawah 2 lampu UV atas dan bawah dalam keadaan menyarap dan berbogel di dalam baby kot yang kosong yang ditinggikan sedikit di bahagian hadapan. Dalam keadaan itu babyku menangis tidak selesa dengan tangan kanannya didrip air. Sesekali dia tertidur kepenatan, bila dia haus kususukan dan bila dia menangis kupegang tangannya, usap badannya sambil menangis.... Alhamlillah keadaan ini tidak lama, dalam pukul 3@4 pagi lampu UV bawah dimatikan, kotnya pun dialas tilam dan sudah boleh dipakaikan dyper. Nampak baby lebih selesa dan lebih banyak tidur dari berjaga. Wad itu rasa sangat sejuk hinga ku menggigil dibuatnya, nurse pun nampak takut dan menyuruhku menelan 2 biji panadol "takut bentan" katanya.


Wednesday, September 9, 2009

Hari Jadi Kakak

Inilah kek yang tidak sepertinya yang mampu disediakan oleh uminya ni. Kakak kata nak kek yang banyak coklat-coklat.


Mohd Nasif, sepupuya sudi membacakan doa selamat hari lahir.

Sebenarnya Anak Sulungku Nurul Iman Bt Mohd Faizul ni lahir pada 4 Jun 1999, beza dua hari je dengan tarikh lahir lahir suamiku 2 Jun. Hari lahirnya jatuh pada minggu pertama Cuti Sekolah Semester Pertama tetapi terpaksa ditunda sambutannya kerana tak de sesiapa... ayah pun tak de. So lastly sambut masa sepupu dan makciknya Cik Yah dan Mak Andak pulang ke kampung

Musim Buah 2009

Munzir yang baru bangun tidur terus turun cari uminya yang tgh nolong atuk kait manggis. Baru tahun ni dia kenal dan tahu makan permaisuri buah manggis


Musim buah tahun 2009 ni alhamdulillah dapat rasa durian kebun Pt Jamil, manggis dan pulasan halaman rumah atuk Pt Ibrahim. Nak dibuat ceritanya kat Pt Ibrahim utk dapat manggis dan pulasan tu atuk terpaksa korbankan 2 pokok rambutan kepada "sang monyet".

Inilah atuk kesayanganku yang selalu ingat anak cucu bila tiba musim buah, pokok manggis ni selalu dibelek-belek di cari mana2 manggis yang baru "mata ikan" dikait, dikumpul dan diperam tunggu anak cucu. Yang paling untung kami la... sebab 2 minggu sekali mesti balik umah atuk.