Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Wednesday, May 12, 2010

Projek Kek Minggu Lepas

Gambar kek coklat moist 500g dalam bekas plastik ni adalah projek mingguan yang selalu dibuat untuk kawan2 dan beberapa orang pelajar di sekolah SMK(P)SAB. Pada jumaat 7 Mei lalu Kak Hjh Fatimah Muharan menempah kek coklat 1kg untuk puteranya Muhamad Shafik.



Kek Hari Ibu ini pula sebenarnya 2 biji tempahan kawan SAB Pn Sa'adiah Rahmat untuk meraikan ibu dan ibu mertuanya. Terima kasih semua.... semoga hasil kerja tangan ini dapat memenuhi keinginan dan selera anda. Last sekali projek weekend lepas ialah bake chocolate cake untuk perkahwinan sepupu di Kg Sri Dalam, manakala tender mendeko diambil oleh kakak iparku Kak Fazida dari Bangi. Ada la sikit tangan ini membantu mana yang patut. Kak Fazida menggunakan teknik coloring Powder Color Spray Tan See Fong.

Cupcake & Cake






Cupcake ni ditempah oleh Kak Norizan Salleh untuk diberikan kepada sahabat guru dan pelajar Tun Kudu. Kek Hantaran tema biru ni adalah tempahan Mak Yah di kampung untuk pertunangan anak sulungnya Erun. Akhirnya kek tempahan Kak Bushra untuk puteranya Azfar, ini kiranya kek novelty pertama sebab ade sebiji kereta di atasnya... tapi bila nak deliver tak boleh ditutup kotak kek... jadi terpaksa la kita sendiri hantar ke rumahnya.








Tuesday, May 11, 2010

Pertunangan Abid & Zaid







Ini adalah 2 biji kek yang ditempah oleh sepupu kita Abidah Birin pada bilan Februari lalu. Satu kek berhias buttercream deconya roses dengan satu kek fresh cream dgn buah. Tulisan atas kek masih belum improve lagi... tangan ni masih kayu!



Friday, May 7, 2010