Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Monday, May 12, 2008

Wanita Berbaju Biru



Assalamualaikum....

Posting ini hanya untuk mencatat sekilas pemerhatian kita pada satu petang tentang seseorang yang ada di ingatan. Sama ada ia satu harapan atau kenangan hanya Allah yang akan menentukan...

Sebaik menghampiri Pizza Hut ini, ade sebuah kereta terlebih dahulu berhenti di hadapannya. Ada seorang wanita yang seakan pernah kulihat rupa parasnya.... tapi rasa tak pasti pernah berjumpa atau tidak. Wanita itu keluar dari kereta seakan membuat pertanyaan di kaunter.

Lantas cepat kita suruh suami dan anak-anak parking dan masuk ke Pizza Hut tersebut sementara kita capai kamera dan snap 2 gambar dari luar yang nampak sedikit raut wajah wanita tersebut. Keterbatasan masa dan keadaan nak mendapatkan angle yang paling baik dan paling mirip "dia" tu membuatkan orang di sekeliling nampak pelik dengan kelakuan kita.


Sebenarnya kita ternampak wanita tersebut mirip seorang "kawan" yang ingin kita kenali dan hingga kini belum pernah bersua hanya sms, YM dan 3 ke 4 kali bercakap di telefon. Tapi ini hanyalah judgement kita sendiri dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. "Dia" atau "kawan" yang kita maksudkan ini telah banyak mengajar kita menginsafi bahawa sebenarnya kita manusia ni menjalani satu kehidupan sementara dan segalanya ini; anak, isteri, suami, rasa kasih dan sayang adalah pinjaman dari Allah. Bila mana namanya pinjaman... tuan punya mungkin ambil balik bila-bila masa sahaja. Oleh itu sementara kita sihat, Allah kurniakan iman apa salahnya kita berkongsi bahagia yang kita ada dengan orang lain.....










Sekian dulu, Wasssalam.

Birthday Ngah 10 Januari 2008


Assalamualaikum...




Ni terjumpa gambar birthday Siham 10 Januari 2008 dari koleksi gambar handphone suami. Masa ni 5 hari sebelum kita bersalinkan Nur Amira Sofea dan sudah berkemas-kemas ke rumah mak di Pt Jawa. Keknya tu kita buat sendiri... ala express aje.

Sunday, May 11, 2008

Dr Adila Othman


Assalamualaikum

Pada Sabtu 3 Mei lepas kita hadiri perkahwinan Dr Adila. Kalau perasan nama ni kita mention dalam "Pengalaman Ceaser" lalu, inilah doktor yang ceaser kita. Sebenarnya kita tidak dijemput pun tapi masa datang tu dah bagitahu pada tuan rumah Pn Hjh Zakiah dan juga Dr Adila sendiri. Jenuh jugak memujuk cek abang kita temankan kita pegi jemputan ni. Tapi alhamdulillah dia nak juga. Di majlis itu juga dia jumpa kawannya yang dipanggil "Kai" yang merupakan suami kepada soorang lagi doktor yg "discharge"kan kita petang khamis tu, tapi tak ingat namanya lak. Pn Hjh Zakian ni adalah pengetua SMK(P) Sultan Abu Bakar semasa kita menuntut di situ Ting 4&5 tahun 1990/91. Dr Adila ni kita tak la kenal masa zaman sekolah tu tapi kenal masa datang check pregnancy. So selamat pengantin baru buat Dr Adila semoga dirahmati Allah dan dikurniakan ramai anak2 yang bakal jadi doktor juga di masa akan datang.

Wassalam.

Thursday, May 8, 2008

Sarapan Kopitiam



Assalamualaikum...

Ni patutnya posting Ahad, 4 Mei 2008. Angin cuti weekend ni biasa la .... pagi-pagi dah nak berjalan..... Kami keluar cari sarapan kopitiam di Jalan Maharani Muar, berdepan dengan Stesyen Bas Bakri. Nama kedai tu "Kopi 434".

Kedai ni ada menu special kopi dan roti bakar di samping menu lain. Kekadang ade juga nasi lemak bungkus daun pisang.

Ini kali ke2 kami datang. Kami pun order la 1 air kopi special dan satu air milo untuk anak2 sebab anak2 tak larat minum kopi pahit.. juga roti bakar. Tapi si Siham sebut " nak nasi lemak..", bila si budak indon yg ambik order tu kata "hari ni tak de", kami pun tambah order roti jadi 4. Mulanya kami tak perasan si Siham ni tunduk membisu... bila tunduk tak angkat2 kepala tu... kita tahu dah "menangis" la tu.. Jadi terpaksa la ayah cover ngan ajak gi cari nasi lemak di kedai berhampiran. Di bawah ni tengok la orang yang menangis tak de nasi lemak... sedang makan nasi lemak.


Tuesday, May 6, 2008

Jatuh Katil



Assalamualaikum....

Ini posting Isnin 5 Mei 2008. Sebenarnya malu nak cerita tapi nak cerita jugak. ..

Malam tadi abang Mundzir terhantuk kerusi dapur dan berdarah bibirnya. Emm... this is not the first time actully... dan dah biasa sangat dia ni cedera sikit-sikit gini sebab memang dia tak tahu diam kalau di rumah sendiri, tapi lain sungguh kalau di rumah Kak Zana.




Kemudian sebelum tidur husband ada cakap, takut kalau si Sofea ni bergolek, jadi kami letak dia melintang supaya kalau bergolek pun ade banyak ruang lagi. Lebih kurang 3.15 pagi kami telah dikejutkan dengan dentum si Sofea jatuh katil. Kuat juga dia menangis tapi alhamdulillah tak lama, bila dapat susu terus dia diam. Kemudian kami terus monitor kalau-kalau dia muntah tapi alhamdulullah ok je dia smpai pagi.

Waktu hantar anak di rumah Kak Zana pengasuh Sofea dan Mundzir kami pulak rasa segan sendiri ... macam tak pandai jaga anak je... Mundzir bengkak bibir dan sofea pulak dah benjol akibat jatuh katil. Sofea ni memang menyarap lebih awal dari yang lain mungkin sebab dia berbadan lebih besar kerana lahir aje dah 4.15kg. Jadi balik dari sekolah petang tu jugak kami kemas dan tolak katil ke tepi dinding.

Monday, May 5, 2008

Mee Racun






Assalamualaikum ...


Ni posting backdated lagi, last friday 2nd Mei 2008.


Petang itu ade Mesyuarat PIBG di Bilik Gerakan sekolah. Nak dibuat cerita.... Penyata Kewangan Mac dah beres tapi Penyata Kewangan Tahunan 2007 kelam kabut sikit.... tapi rupanya tak perlu dibincangkan dalam mesyuarat hari ini kerana akan dibuat satu mesyuarat khas utk Mesyuarat Agung. Ini la akibat tak baca surat panggilan mesyuarat... ingatkan ini mesyuarat khas tu. Tapi kita diam je tak sebut pun ngan hubby betapa 'terkesima'nya kita.... tapi dah minta maap atas kekalutan yg kita dah timbulkan petang tu...


Pulang dari sekolah suami macam "offer" gi cari "Mee Racun" di Batu Pahat.... terus teringat kat Faisal ... my youngest brother yang akan mendaftar di MARSAH JB isnin 5 Mei. Secara 'imergency' arrange utk raikan dia ngan Mee Racun BP. Jadi selepas solat maghrib kami bertolak dari umah mak Pt Jawa... kami sefamily sekereta dan Faisal, Nora dan mak sekereta lagi. Abah tak ikut kerana ade program ceramah mingguannya.
Nak dijadikan cerita... tutup pulak warong Mee Racun tu.... rasanya utk menghormati kerja kawin jirannya yang berhampiran, sebab terdapat kanopi dan banyak kereta di lorong tepi warong tersebut. Biasanya warong tu cuma cuti hari Ahad. Today is really not my day.... So nak cover line... kami tujulah ke Carefour berhampiran. Lepas habis pening nak cari parking, pening pulak nak makan apa. Habis fikir... cuba la makan ala-ala kopitiam di "Renggit Cofee".
Tempat duduk kat Renggit Cofee ni pelik sikit ade rupa kuda-kuda kayu tu pulak. Yang lawak tu.... mak yang mulanya komen "jauh-jauh mcm ni cari makan?", "dah ngantuk lah" tapi bila tengok orang kluar dari Carefour ni bertroli-troli barangnya, mak jadi semangat lak nak shopping. Dekat kul 11.00 kami pulang ke rumah.
OK la.... walaupun hajat tak kesampaian tapi dapat jugak meraikan adik bongsu kita Faisal. Ucapan untuk Faisal.... "Cal... belajar betul-betul kerana Allah.... jgn asyik nak bersms je ngan Ain... hal jodoh serah la pada Allah...."

Saturday, May 3, 2008

SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar


Inilah pintu gerbang masuk ke sekolah kita yang bernama SMK(P) Sultan Abu Bakar.

Tahun 1990/91 dahulu kite bersekolah di sini di Tingkatan 4 dan 5. Ramai juga la guru-guru lama yang masih berada di sini seperti Pn Hjh Meriam Zamimah, Pn Hjh Fatimah, Pn Salbiah, Pn Jamilah , Pn Rokiah dan Pn Doh. Tidak ketinggalan guru yang mengajar kita dan masih setia di sini hingga kini menjadi rakan pula ialah Ustazah Azizah, Pn Rodziah dan En Kahar





Inilah Makmal Komputer SMK(P)SAB yang terletak dalam kawasan asrama dan bertentangan dgn bangunan sekolah. Di makmal inilah kita mengajar subjek Komputer Dalam Pendidikan atau ICTL, tingkatan 1 dan 2.


Ini kreta En Sidek, Guru ICT



Ini lak gambo En Sidek yang membantu Cik Norizan mencetak skrip KMK di makmal atas.

Selain diguna untuk mengajar, makmal kmputer ini juga digunakan sebagai pengkalan data peperiksaan SAP 123 dan SAP 45. Miss Wee dan Pn Kamariah sedang key in markah Ujian April.

Nur Amira Sofea


Balik Dari Sekolah

Balik dari sekolah dah lapar .. tanya anak nak gi mana... nak gi makan pizza... so kami pun gi Pizza Hut terhampir di Pesta. Cantik setting dalam Pizza Hut ni kan!








































Baby Sofea pun lena tidur di kerusi panjang tu.... si abang Munzir suka makan chiken soup tu.

Balik Dari Sekolah


Cantik tak design umah ni.... rumah ni ialah rumah bekas Menteri, kita pernah masuk di perkarangan rumah ni sekitar tahun 1990/91, masa tu tingkatan 4/5 dan kita tinggal di Asrama Anak Yatim PKAYIM, kita ke sini kerana ade jamuan di tepi kolam renang untuk meraikan kami putera puteri Asrama Anak Yatim




Cuti 1 Mei

Aktiviti cuti 1 Mei Hari Pekerja. Tak de ape... aktiviti mengemas rumah je. Ni baru tukar cadar baru di anak2 dara, cadar ni dipilih sendiri designnya oleh kakak dan kak ngah. Dah lama depa ni complain nak cadar macam umi siap selimut sekali. Si Kak Uda Nani siap posing lagi.


Kakak jaga baby sofea sebab umi nak masak. Masak nasi, goreng telur dan ikan siakap je sebab itu aje ada dalam peti ais. Sejak beranak kecik ni jarang sangat masak, abang pun faham dan ajak makan keluar aje. Tapi sebab pagi 1 Mei ni dia ke Peserai, Batu Pahat jadi kena makan kt umah je la. Sempat buat puding roti untuk minum petang.