Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Sunday, November 23, 2008

Kelas Deco Kek Kak Fazlon







Dah lama nak belajar sgt deco kek ni. Plan asal nak belajar dengan Ain Tanjung Agas tapi last sekali atas bantuan sahabat sesekolah Sa'diah akhirnya Khamis 20 nov kita belajar ngan Kak Fazlon Jln Daud. Sebenarnya sebelum ini kita dah belajar sendiri basic buat buttercream berdasarkan resepi2 dari fotopages2 sifu-sifu deco kek dan kelas dengan kak lon ni telah banyak menjawab persoalan2 yang sekian lama terkumpul di kepala dan juga pelbagai teknik2 deco kek.



Jemput Semua







Di kesempatan ini ingin kita jemput semua yang membaca blog ini ke Majlis Perkahwinan adik kita Ed Kamil yang akakn diadakan di rumah atuk kita di Pt Ibrahim, Pt Jawa Muar Johor.



Sunday, November 16, 2008

Hari Ini..... Ahad 16 November 2008

Hari semalam.... 15/11
Dek sebab Abang nak meeting kt Pejabat Agong kami anak beranak pun 'ngentil'.... Abang perlu drive sebab nak berkejar balik kerana kenduri aqiqah anak Kak Laili (jiran next 2 door). Kul 11 pg kami bertolak, singgah umah Kak Jit ambik Mok Su (utk tlg kawal anak) dan bergerak ke KL. Lepas Abang keluar kereta "dah ... ikut umi la nak ke mana" ... hajat di hati nak gi Sogo... tapi kluar je dari jalan Hj Taip ... dah masuk jalan besar hati jadi kecut dan masuk balik. Lastly pegi Bake With Yen dan Plaza GM.

Pengalaman pertama naik lift kereta utk parking dlm GM Plaza tu... tapi keburukannya nak masuk makan setengah jam and so as nak kluar. Apa beli??? Anak2 dapat jam tangan dan beli towel RM1.75 (50 helai) utk kawin Ed. Then bergegas balik Muar, tapi sorry la Kak Laili sampai je dah jamuan..

Tengah malam.... baca sms.... tak pe la.... dah cukup faham... so moralnya kpd diri sendiri "dah!! jgn menyibuk" yg penting IKHLAS.

Hari ni...
Ajak mak ke jemputan umah Siti Maznah, saing pulak ngan Kak Ijan, Yus dan Wana, ..jumpa cikgu Saripah.... cikgu Sains SRPku. Dia pesan kirim salam kt Pn Suhana. Gi umah atuk.... umah atuk dah siap 100%.. cam ne umahku sok? Mak, Abah n Atuk pergi ziarah bapa Ila Ed dan kami menuju ke umah mak mertuaku yang udah rindu sgt dengan bujangku Mundzir.
Dah talipon Kak Lon yg Sa'diah suggest dia nak ajar buat kek n hias kek, we have deal and i feel so excited and just can't wait to attend it!!!!! request kt nora klu blh cuti khamis sbb jumaat kang kena balik siapkan cek abang nk solat jumaat. I am about to enter the world of answers for all my wonders about cake decorating!!!. On the way balik singgah Pt Bakar cari peralatan Kakak n Ngah nak ke madrasah A-Nur.

Wednesday, November 12, 2008

Jalan Jalan Melaka 1
















Jumaat 7 Nov 2008





Nak kata plan tak plan jugak.... hanya tengok "keadaan". Dalam kepalaku memang sudah berangan-angan nak ke Melaka sejak hari isnin lepas lagi tapi keadaan tidak mengizinkan. Hati ini melonjak-lonjak sebenarnya itu yang hari sekolah padaku tidak menjadi halangan utk curi masa ke Tanjung Keling. Kekadang diri sendiri tidak mengerti kenapa hati ini rasa 'begini' tapi ikhlas dari sanubariku, perasaan ini datang sendiri dari dasar hati tanpa ajakan atau paksaan dari mana-mana pihak. Sampai Abg balik solat jumaat masih belum terungkai keputusan nak ke Melaka atau tidak, ku fikir lagi.... kalau tidak mana mungkin ada peluang lain sebaik ini, Langsung ku "announce" kepada anak suruh bersiap2 n smua bersorak riang... At last "keadaan" itu tidak sepositif seperti yang diimpikan. Tapi sebab dah terlanjur kata, untuk memenuhi kegembiraan anak2 kami bertolak ke Melaka dan check in di Garden City. Ada kolam renang yang agak privercy.





Friday, October 31, 2008

Majlis Perasmian Bangunan Asrama Putera PKAYIM 2

Bekas Pelajar PKAYIM yang hadir ada la sikit ; 6 orang putera dan kita sorang sebagai duta puteri. Dalam ramai orang berasak2 nak bergambar dengan Tengku Yem ni kami pun terpaksa berasak jugak. sebelum gambar pertama ni di ambil sempat Tengku Yem cakap "lain kali nak letak gambar patung saya kat sini" mungkin penat gaknya.




















Berikut adalah gambar-gambar bekas pelajar PKAYIM yang dapat hadir pada hari tersebut

Perasmian Bangunan Asrama PKAYIM 1
















Pada 28 Ogos yang lalu kita menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Asrama Putera PKAYIM yang baru atas tiket bekas pelajar (alumni) yang tela disempurnakan oleh Tengku Ibrahim Ismail Tengku Mahkota Johor. Majlis ini juga termasuk dalam agenda Kembara Mahkota 2008 yang lebih dekat di hati rakyat dengan panggilan Tengku Yem. Lihatlah suasana majlis yang meriah walaupun dalam hujan,










Thursday, October 30, 2008

Barbeque di Bagan Lalang




Somewhere around Ogos.... sabtu lepas sekolah trus bertolak ke Bangi, unexpectedly rupanya Angah n Kak Ijah berpakat nak berkelah ke Bagan Lalang. Kak Ijah ngan Bg Judin lengkap dengan peralatan goreng kentang dan bakar ayam. Angah n kak No pun tak ketinggalan bawa bihun goreng... alhamdulillah kami dari muar ni tak tangan kosong.... ada la bawa manggis 2 plastik.


Balik tengah malam tu kami tidur di umah Kak Ijah... esoknya kami n kak Ijah ke Shah Alam jumpa Imah, MokCu dan Kak Long di pameran buku. Buat Kak Long Hidayah.... jangan jauhkan diri... kami semua sayang kak long, yang sudah tu biarlah berlalu, fikirkan masa depan.











Birthday Hanani Ke 5


Last Khamis 17 Julai 2008 Kak Uda Nurhanani genap berusia 5 tahun. Alhamdulillah sempat buat kek dan diraikan bersama Aisyah sekali di rumah sendiri aje. Kek yg warna coklat lak ni kek ke2 yang sebenarnya... asalnya adalah kek birthday ibu mertuaku Pn Hjh Rukiah Abd Kadir Jumaat 18 Julai. Tetapi mak dibawa oleh Bang Lid ke Bangi, nak dibawakkan takut tak cukup, tu yang jadi kek birthday ke2 Hanani ... tapi celebrate di rumah Yoyot bersama Tok Ayah.

Tuesday, October 28, 2008

Birthday Munzir 7 Julai 2008




Alhamdulillah bujangku Mohammad Mundzir Rabbani Bin Mohd Faizul telah berusia 2 tahun. Maapkan umi sayang... umi tak dan buat kek utk abang.

Saturday, October 25, 2008

PERNIKAHAN ED KAMIL & ILA

Ini gambar sekitar pernikahan adik ke2 kita pada tanggal Jumaat 17 Okt lalu. Pernikahan berlangsung di rumah Ila di Pt Besar Batu Pahat.




Ni hantaran dari pihak kami, tema gold tapi lupa la nk ambil gambo siap2 kat rumah dah kat rumah pengantin pompuan baru nak ambik gambo.... dah tak boleh dapat penuh.
Alhamdulillah pernikahan berjalan lancar tapi sekarang punya procedur selain lafaz taklik, ada lafaz serah terima mas kawin la, lafaz serah n terima anak la.... alhamdulillah la zaman kita tk de.
Buat Ed & Ila... akak doakan semoga kalian ber2 jalanilah kehidupan berumahtangga dengan berlandaskan iman dan taqwa. Jadikan setiap detik kehidupan berumah tanggamu sebagai ibadah untuk matlamat yang lebih besar menuju syurga.



Tuesday, October 14, 2008

Aidilfitri 2008




Aidilfitri tahun ni tak de kamera... tak bergambar sgt. Ini baju raya tahun ni tapi segan nak bagitahu sebenarnya ni gambar raya 3 minggu semasa adik kita ED nikah baru ni. Memandangkan semasa raya pertama tu, jubah raya dan seluar baju melayu kurung Johor suami kita belum siap. kira aci la kan.... Satu lagi gambar sekitar rumah Kak Ani Parit Samsu.


Sunday, October 12, 2008

Catatan

Kalau direnung hakikat kejadian... manusia dicipta Allah sebagai khalifah di bumi ini.

Bermula dari setitis air mani, menjadi segumpal darah, seketul daging, disempurnakan Allah janin itu hingga lahir sebagai bayi dari perut sang ibu. Bayi itu dibesarkan menjadi manusia dengan pelbagai corak kehidupan keluarganya sebelum dia sendiri membina diri peribadinya, mengorak langkahnya sendiri, membuat pilihan dan membuat keputusan sebagai seorang manusia.

Manusia ini punyai pelbagai potensi dan keupayaan yang berkembang untuk mencapai tahap pencapaian tertentu. Sampai masa ditentukan Allah usia semakin lanjut manusia akan mula hilang "keupayaan" tadi satu persatu dan .... Cukup masa Allah beri untuk manusia itu hidup... akhirnya mati pula datang menjemput. Tetapi ini adalah satu bentuk hidup manusia yang "average"sahaja. Sesungguhnya mati tidak hanya di usia tua... ia mungkin datang pada bila-bila masa yang Allah tentukan.

Catatan ini diharap dapat dijadikan pedoman kita manusia yang masih hidup agar mengingati mati kerana ia PASTI datang! Ini juga dedikasi untuk arwah Kak Ro'ah yang meninggal dunia jam 2 pagi Khamis 9 Okt 2008. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami semua manusia yang selalu berbuat dosa dan tidak pernah puas dengan apa yang apa yang Engkau kurniakan kepada kami ya Allah. Ampunkanlah setiap dosa-dosa arwah kak Ro'ah, cucuri rohnya dengan rahmatMu dan jadikanlah kuburnya sebagai taman-taman syurgaMu ya Allah.

Friday, August 8, 2008

Peringatan Hari Ini

Salam...

Lama rasanya tidak 'update' blog ni.... almaklum lah kalau di rumah rasa komputer tu jauh sangat... baby yang dikelek selalu menang priority. Ini pun dari sekolah. Jadi isi hari ini adalah petikan dari email yg diterima.

Assalamualaikum wbtSekadar setitis ilmu PENTING NI....!!!!!!

Menguap..... semua orang menguap termasuk juga saya. tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap. Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut ....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah. Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai...huargh. ....huh.. ..haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Mengikut seorang ustaz.... setelah saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga. Sebenarnya syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan ..? Astarafilullah. .! begitu rupanya...lalainya saya. Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istirifar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan- sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan....

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

Saturday, July 5, 2008

Siti Mariam Jamilah Bt Mohd Fuad



Bersama Mundzir ni adalah baby baru Angah dan Kak Nor yang juga anak ke 8, Siti Meriam nama diberi. Mulanya kami ingatkan Mundzir tersilap ingatkan tu baby Sofea tetapi rupanya Mundzir memang suka kat baby nak dipangku dan dicium saja. Bujangku ni walau nampak tagas semacam tapi rupanya penyayang juga.

Mohd Taufikul Hakim Bin Yahya

Salam

Cuti sekolah bulan 6 yang lalu adik kita Cip Inspektor Yahaya kt Kuching balik kampung. Jadi di sisi Sofea ni adalah anak ke2nya yang beza 15 hari aje dengan Sofea. Dulu masa kita dalam hari, mak abah kita ke Kuching sebab isteri Yahaya; Tengku Mariam nak bersalinkan baby Nik Mohd Taufikul Hakeem ini la... Tengok la mana lebih besar Sofea lahir ngan berat 4.15kg dan Hakeem 3.6kg.

Sofea & Buah Naga





Langkawi - Birthday Ayah & Kakak






Langkawi2





Langkawi