Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Friday, June 27, 2008

Hari Guru 2008 II








Semasa Hari Guru, ada beberapa acara dijalankan. Antaranya pertukaran hadiah antara guru, Sukaneka Guru yang dikendalikan oleh pelajar. Baru mereka tahu bukan senang nak kawal guru-guru mereka.... Puan Pengetua juga termasuk dalam kumpulan kita, ia juga menyaksikan pertama kali dalam hidup kita menggelecek bola.
















Selepas acara sukaneka tersebut semua guru di SAB dibahagikan kepada 5 kumpulan dan kami dijemput untuk menghadiri jamuan kelas-kelas di setiap blok yang telah ditetapkan... ini adalah acara tradisi di SAB. Di kesempatan ini juga kita nak tunjuk kita makan sepinggan dengan "CIKGU Add Maths kita" Pn Hjh Rodziah A Hamid. Sewaktu dia 1st posting di SAB pada tahun 1991 kita sedang belajar di 5Sains1. Dulu jadi cikgu tapi sekarang jadi kawan.... terima kasih cikgu!

Wednesday, June 11, 2008

Hari Guru 2008




Alhamdulillah.... Hari Guru 2008 datang dan ini merupakan Hari Guru kali ke4 kita dirai dan dihargai dengan ucapan "Selamat Hari Guru" dan "Terima Kasih Cikgu Asimah".

Ingin juga kita merakamkan ucapan "Selamat Hari Guru dan Terima Kasih Cikgu!" ..pertama kepada ibu "Hjh Kamsiah Binti Selamat" dan seterusnya kepada semua guru (secara langsung dan tidak langsung) yang telah mencurah keringat, ilmu dan doa kepada kita dari kecil sehinggalah kita menjadi 'diri kita' pada hari ini.


Di SAB tahun ini sambutan Hari Guru diambilalih oleh pelajar Form6, diaorang memang kreatif... siap ada "Green Carpet" ala-ala Red Carpet gitu.

Saturday, June 7, 2008

Projek Hari Guru Anak-anak




Assalamualaikum,


Sempena Hari Guru 2008 ni kita nak didik anak-anak kita menghargai guru mereka. Tahun ni lain sikit, kita cadang kat anak2 untuk buat biskut Almond London sebab mereka pun suka makan. Kena buat banyak sikit sebab tahun ni yang bersekolah rendah dah 2 orang, seorang ade 10 guru.... total termasuk yang sekolah tadika... 25 orang guru. Ni la lagak anak-anak menggentel doh almond london versi mereka dan yang paling kiri sekali tu Aisyah anak jiran sebelah yg memang selalu datang umah kita bermain, maklum la di rumahnya tak de kawan, abang dan adik semuanya lelaki.


Sebelum pergi ke sekolah, siapkan pakaging hadiah hari guru anak-anak.
Ni nak menayang sikit.....
ni Digital Kitchen Scale CAMRY redeem kt Cosway. Dah lama menimbang tara nak beli alat penimbang makanan... dan inilah pilihan terbaik sebab ade waranty setahun.

Ini pula Oven Bompani 36L yang kita terbeli secara tergesa-gesa, mulanya mencari Milux 40L tapi tak jumpa di Muar. Sebelum sessi membakar cookies tu berakhir sempat la kita mencuba kek span dari Kak Rodziah MemoriBakeri. Hasilnya cantik sekali... tak sia-sia memutar 10 ke 15 minit, sampai rasa hand mixer tu pun naik panas