Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Wednesday, February 27, 2008

Pengalaman Ceaser


Sebelum ingatan ni jadi blur dek masa yang berlalu... ini episod last pengalaman ceaserku....
14 Jan... warded
15 Jan... ceaser
16 Jan... Boleh bangun dan urus diri dah, malam tu dah mula lawan 'tangisan anak' antara 4 org yang dah bersalin ceaser pada 15 Jan lalu. Alhamdulillah dalam banyak tu kita la yang boleh tidur paling banyak, baby 'eek-eek' sekali skala je. Kanan kiri drip ubat dan air pun dah dicabut, bebas la sikit.


17 Jan... Pagi-pagi lagi kusiapkan diri, ke toilet, tukar baju, kalau ikutkan hati nak aje mandi sebab ada air panas, tapi yesterday the doctor said 'after the plaster removed'... ikut je la. Nurse mandikan baby... aku duduk di kerusi, kemaskan lockerku... bila nurse datang untuk buat regular checking procedur, aku perlu melunjur di katil. Tekanan darah dan suhu badanku diambil. Bila baby sampai... ku susukan dan dia tidur di pangkuanku dengan bacaan al-ma'thurat. Doktor pakar datang buat pemeriksaan, Dr. Hussien egyption tu beri salam dan senyum... aku pun senyum je.. mesti dia masih ingat aku menangis di depannya masa disuruh buat 'dicision for ceaser'. Doktor ade menyebut 'discharge tomorrow'.. terima je la. Kemudian ku isi masa dengan membaca 'Dapur Impiana' dan cuba fikirkan bagaimana dapur impianku.... untuk rumah yang bakal dibina nanti... ...zzzz

Entah bila aku tidur... doktor datang untuk memeriksa dan membuka plaster... kemudian dia spray tahan sakit kot sebab perit plaster tadi tu terus hilang dengan sejuk spray tadi. Aku ini memang penakut sakit... tangan teringin nak rasa tempat ceaser tu tapi sendiri rasa ngeri. Menurut kata doktor.. dan dari cerita kawan-kawan.. tempat ceaser tu tidak dijahit macam org dulu-dolu... dalam sahaja dijahit.. jadi nanti bekasnya nampak macam garisan sahaja. Terkadang ku berfikir... agaknya senang la terbuka kalau 'renyah'.... eiii taaakkkuuuuttttttt!

Tengahari itu adikku Nora, Faisal, mak dan abah serta munzir datang. Si Nora baru first time tngok baby, excited dia snap2 gambar baby. Gambar-gambar dalam blogku inipun adalah kebanyakannya hasil snap camera handphone Sonynye. Abah nak ke KL... ke rumah Kak Long Dahlia, mak pula nak buat terapi tangan di unit terapi hospital ini juga. Kakak bertiga yang lain ni dah berkemas utk discharge tapi suami mereka belum datang.

Selepas waktu melawat aku dilawati doktor lagi... aku terperanjat doktor itu bertanya "Nak balik tak kak?" bagaikan ngantuk disorong bantal... apa lagi... cuma tak boleh bersilat je. Terus sms suamiku.... aku pasti suamiku akan datang ambil waktu melawat 4.30 ptg. Belum cecah pukul 4 pun dia dah sampai... aku pula sedang 'terlelap' dan belum salin baju pun. Sementara dia pergi bayar bil.. aku pun bersiap. Akhirnya sebelum keluar.. aku bersalaman dengan 3 org kakak yang spatutnya discharge dahulu daripadaku... dan ucap terima kasih kpada nurse-nurse yang baik-baik belaka. Ingin ku rakamkan jutaan terima kasih kpada semua orang yang menjadi nurse dan doktor kerana dedikasi mereka yang telah menolong merawat mmbantu dan menyelamatkan orang lain dalam dunia ini... dan membantu menjadikan kehidupan di dunia ini lebih baik. Semoga keikhlasan mereka dibalas Allah dengan kesihatan dan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. Aminnn...

Tidak seperti dahulu... aku biasa pulang ke rumah atuk(mak kepada makku) atau mak mertua .. kali ini aku pulang ke rumah makku di Parit Jawa... berhadapan padang Sek Men Raja Muda... oleh kerana aku tak perlu berurut dan mudah untuk suamiku mengurus anak yang bersekolah.
Di rumah mak... maklah yang banyak membantuku... itulah seorang 'mak'.... aku sebagai anak jauh skali mahu menyusahkan... tapi siapalah yang ingin disandarkan... emak jugalah.... walaupun pergelangan tangan mak sakit tapi... mak buat semua kerja-kerja rumah dan juga mengurus anak-anakku. Aku cuba sedayaku membantu dan membuat apa yang boleh... Atuk pun datang untuk melihat cicitnya yang ke-13... Mak mertua dan bapa mertua ku selalu datang menjenguk... mak mertuaku menolong mengurut badanku mana yang boleh... badanku rasa brangin dan kakiku masih bengkak lagi.... maklumlah bukan sperti beranak biasa... tak boleh berurut betul-betul, berbengkung, bertungku... Nurse klinik berdekatan datang melawat bagi memeriksa baby dan ibu baby... alhamdulillah Sofea tidak 'kuning' dan luka ceaserku 'ok'.

Masa berlalu... hari Jumaat 25 Jan Fauzee pulang bersama isterinya Shiela yang juga mengandung dan bakal melahirkan hujung februari ini. Fauzee pulang ini sebenarnya untuk menjemput mak abah ke JB sebelum terbang ke Kuching... kerana isteri adikku Yahaya, Mar akan bersalin juga awal Fbruari. Makku bakal menerima 2 cucu lagi awal tahun ini selepas Sofea (ke-6). Dan Ahad 27 Jan aku pulang ke rumah sendiri... dan bermulalah berpantang di rumah sendiri dan jaga diri sendiri. Aku buat apa yang mampu sahaja... alhamdulillah Allah atur semuanya.. suamiku yang bkerja sendiri banyak mmbantuku di rumah... dia akan mandikan munzir dan angkatkan air mandiku sebelum dia keluar. Jika tiada 'call' dia akan berada di rumah dan menolongku menyidai baju dan mandikan baby.

Aku juga menerima kunjungan jiran tetanggaku, Kak Rosni, Kak Laili dan Fadhilah. Abang tiriku Bang Ais-Nora. Sedara maraku juga ramai yang datang... Cik Emon, Ais-Min, Bg Adin-Kak Milah, Mak Isah. Yang memeranjatkan aku ialah khadiran Linda dan kawan-kawan lama; Rita, Amy, Azlina dan Zila... dan tidak diduga rupanya Zila adik Abg Mail jiran sebelah rumahku...
Sekian dulu... sofea pun dah menangis nak mandi, Wassalam.

No comments: