Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Monday, October 12, 2009

Projek 1000 Cupcakes

Salam Aidil Fitri

Nak dibuat cerita Raya seminggu kita bergegas balik rumah untuk siapkan tempahan kawan sekolah PK Koko Pn Hjh Rohanah Yahya, 1000 cupcake oren sebagai buahtangan perkahwinan anak sulungnya pada 27 September lalu. Inilah tempahan paling besar pernah kita terima setakat ini dan tak terfikir pulak masa terima tempahan ini keadaan akan jadi haru biru maklumlah dah ada baby baru.
Jumaat lepas dapat pengesahan tempahan terus kita berprojek anak beranak, dengan kekangan saiz handmixer dan besen pengadun jadi menjelang 9malam hanya 300pcs cupcake siap in single packing sempat dihantar oleh husband ke rumah Pn Hjh Rohanah.
Esoknya Sabtu 26 Sept projek ini berjalan dengan lancar sekali apabila mak abah mertua datang bersama 2 adik yang masih belum pulang ke kota. Di samping berprojek tu ramai jugak tetamu saudara mara dari kampung datang berkunjung. Di sini ingin kita merakamkan ucapan terima kasih pada mak, abah mertua, Adik Ati dan Amal... tanpa mereka rasanya menangis jugak nak siapkan. Pukul 9 mlm temapah siap untuk dihantar, .... leganya rasa sampai lupa nak ambik gambar la pulak. Gambar atas sekali tu suami snap guna handphone, 700pcs cupcake dalam Gand Livina untuk dihantar ke rumah Pn Hjh Rohanah. Terima Kasih Kak Ana.. moga cepat menimang cucu pulak lepas ni!!

1 comment:

Unknown said...

boleh tak dptkan saya fon ke ..emel ke..hjh rohanah yahya...mungkin kami satu belajar kat U malaya dulu