Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Friday, February 17, 2012

Aidil Adha 2011

Assalam.....
Pada subuh Aidil Adha lalu, 6 November 2011 baby Talhah Ubaidillah telah dijemput Allah ....
Di kala jari ini ingin menaip sebuah catatan kenangan ... segenap ruang dada ini telah sarat sebak, kemudian tanpa ku pinta air mata ini tumpah lagi.... Ya Allah .....hamba redha atas takdir ini...... tapi hati ini masih sesebak AidilAdha  6 Nov lalu setiap kali rasa rindu pada wajah ini.......
Ya Allah hamba mohon kekuatan... hamba mohon kesabaran.... hamba mohon hati yang bulat tetap teguh redha "melepaskannya pergi" kembali padaMu.... Namun.... hamba mohon juga agar tidak dikurangkan sedikitpun rasa sayang hamba padanya dan pada setiap detik ingatan hamba pada kenangan bersamanya... sehingga  akhir hayat hamba....

Saturday, July 2, 2011

Peristiwa 13 Mei 2010


Peristiwa yang terjadi semasa on the way ke madrasah Pt Sakai Laut, di Jalan Joned, belakang Taman Bahagia. Puang dari sekolah bersama Iman, siham dan hanani... selepas simpang Ke Pt Hj Baki ada sebuah kereta agak perlahan, ingin kupotong tapi dekat dengan simpang-simpang masuk ke Taman.... tiba-tiba kereta itu beri signal ke kanan... ketika kumahu memnekan brek itulah  seperti semanya bergerak laju.... rupanya memang laju... minyak pula yang ku tekan... untuk mengelakkan kereta yg hendak membelok ke kanan itu .. ku ambil lebih kanan... akhirnya... ku ter"pelosok" antara tiang warung kecil dan pagar rumah yang kurempuh itu ter'twist' dan livina ku yg baru berusia 10 bulan itu melanggar bucu rumah yang terletak sebelah Dafa Trading..... sehari sebelum Mesyuarat PIBG 2010. Perkara pertama ku lakukan selepas keretaku terhenti... telfon hubby yg berada di Simpang Renggam. Kemudian ada 2 orang bermotosikal berhenti dan bertanya keadaanku dan menalifon ambulan. Rasa sakit di bibir atas, rupanya teratuk di stereng, siham yang duduk di sebelahku menangis sakit tangan katanya... hanani pun ikut menangis, ... iman mula2 tak nangis... tapi nangis juga selepas keluar dan melihat keadaan kereta dari luar...
Ingin kurakam terima kasih tak terhingga kepada kawan2 SAB terutama kak Fauziah @ Rashidah  dan suaminya Abg Adnan juga Kak Bushra yang datang ke lokasi kejadian dan membantu ku sekeluarga...
 inilah kerosakan yg livinaku alami...




seikit kesan pada bucu rumah


Kulluhum Kek-Kek 2010

Kek Chocolate Moist

Kek Pandan Layer

Cupkek Chocolate Moist+Ganache+Bunga Royal Icing

Kedua-dua kek tempahan Kak Wahida rakan guru di SMK(P) SAB

KekChocolate Moist+Buttercream

Beratnya hampir 5kg loyang 16' atas board 18'.Atas permintaan suami utuk Majlis Sambutan Hari Guru PASTI peringkat negeri Johor

Kek Fresh Cream +ganache+Buah Peach

Kek untuk Munzir bawa ke sekolahnya

Kek Fresh Cream+Topping Bluberry 
Tempahan Kak Lailayati rakan guru di SAB

Kek fresh cream (span coklat)+topping bluberry+syrawberry budget

Kek birthday hubby