Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Thursday, November 22, 2012

Pemergian Adik ... Aidiladha 2011 Part 1


Biarpun sudah setahun berlalu... tapi pilunya masih sepilu subuh Aidiladha 2011 lalu..... setiap kali mengenang rinduku pada bayiku...Muhammad Talhah Ubaidillah ....

Menjelang Aidiladha lalu... Sabtu 5 Nov 2011...
Setelah menyiapkan beberapa tempahan kek dan menghantar kek tersebut ke Tmn Sri Temenggong... kami sekeluarga balik ke rumah Hjh Kamsiah dan Hjh Abah Zainal di Parit Lapis, Pt Jawa.....  sementara itu kami tidak dapat memenuhi jemputan  menyambut Aidiladha di Bangi bersama Mak Hjh Rukiah dan Abah Hj Salleh kerana suamiku ingin bersolat sunat aidiladha di kampung kami baru bermustautin ini Parit Pinang Seribu, Jln Abd Rahman.

Malam itu seperti biasa masak-masak bersama emak, dan atuk hjh Napsiah, hajat dihati nak masak bistik daging tapi hanya ku masak separuh jalan akan disambung subuh esok. Sementara itu adikku Fauzee, isterinya Shiela yg sedang sarat sampai dari JB, disambut girang oleh anak-anak ku terutama dengan munculnya Fikri dengan bantal busyuknya. Nampaknya ini saja korum kita utk Aidiladha esok, fikirku...

Rutin menyusukan bayi Talhah seperti biasa tidak pernah kukira hinggalah bila tilam2 dibentang dan anak2 menghabiskan sisa masa sebelum tidur dengan menonton tv,.... sambil disuruh tidur oleh si ayah.... ku susui Talhah hingga dia tidur lena di atas tilam, aku juga terlena, terkejut oleh Fauzi yang mengangkat Fikri utuk tidur di dalam bilik, kira-kira jam hanfonku menunjukkan jan 12.30 mlm. rupanya itulah yang terakhir.....

Ada masa sebelum mengantuk... ku bangun ke meja dan menyambung menanda kertas Matematik Tambahan 4sc 2 ... bila dah tersenggut.. ku gagahi kaki mengangkat satu lagi tilam lantaran semua ruang sudah penuh. Talhah telah lena di sisi kakak dan kak ngah. Tilam ini utkku, suami dan semestinya Talhah yang akan menyusu sekurang2nya 2 kali menjelang esok. Bila tilam kubentang... tilam itu menggoda rasa mengantuk, terus ku menyarap menjamah tilam itu  untuk "baring kejap", biasanya suamiku akan kejut untuk tidur bersama dengan betul. Tapi rupanya apa yang berlaku juga diluar kebiasaan, suami ku padamkan tv dan terus tidur di ruang hadapan tv itu.....

Subuh Ahad 6 Nov 2011...
Suara azan menyentak tidurku... dan yang pertama  menerjah fikiranku.. "Ya Allah Adik tak menyusu..." terus ku dapatkan bayiku, yang ku lihat masih tidur dengan matanya seperti mata kakak ( tidur dengan mata separuh terbuka) tanpa ada kecurigaan di sekelilingnya(tiada bantal, selimut atau posisi adik beradik lain). Bila kusentuh lengannya, dia tidak membalas seperti kebiasaannya, lantas kupegang tangan dan kakinya.... Ya Allah kenapa rasa sejuk?????? terus seribu satu perasaan yang tidak dapat ku gambarkan dalam benakku... Terus kuangkat Talhah menuju suamiku yang masih tidur..... "Bang, bang, bang Adik..... tangan ngan kakinya sejuk" Suamiku bingkas bangun mencari-cari sesuatu.... Suara mak di muka pintu biliknya yang terkejut dengan kekalutan kami di ruang tamu "Kenapa Mah??? Apa yang sejuk???? Talhah di ambil mak, sewaktu ku jawab soalan yang sama pada atuk...  suamiku bersuara tegas, Talhah sudah di tangannya "Umi nak ikut tak???  Ikut?  Ku lihat kakak sudah bangun... dan masih mamai. Terus ku capai Jubah dan Tudung.... dalam beberapa saat kami sudah memacu kereta ke Hospital Muar... Jalan Temenggong Ahmad lengang...

Sepanjang detik itu Talhah di ribaku, ku raba seluruh tubuh mungil itu... yang panas hanya di organ bahagian dalam abdomen sahaja.... "Bang... Dah tak ade la bang....." ku cuba beberapa teknik melakukan CPR seperti yg pernah kupelajari semasa mengangotai PBSM di maktab dulu. Selepas kuhembus udara mulut ke mulut... bila ku tekan dadanya.. ada suara kosong sahaja yang keluar.... ku peluk erat tubuh itu, seribu satu soalan "kenapa" dan "bagaimana" di fikiran dan mulutku... sedang dalam hatiku... aku tidak berani menyimpulkannya... Ya Allah....

Sampai sahaja di Unit Kecemasan... Ayatku belum sempurna "Anak sayy...." pegawai itu sudah mengambil Talhah dan berlari ke dalam.... "Puan tunggu di Pintu Merah"  ... Sesampainya suamiku, waktu pintu merah itu dibuka dan kami dipanggil masuk... beberapa orang doktor dan nurse sedang mengelilingi Talhah... melakukan CPR. Doktor menyoal bila kali terakhir aku bersamanya dan pukul berapa aku menjumpainya dalam keadaan itu.... Doktor memberi pengesahan "Dia dah tak ada ni... dah lama puan..... dalam 2 ke 3 jam lalu,,,"  Kami berselang mengerjakan solat subuh.... Ya Allah berilah kekuatan.....

Masa bergerak terasa amat perlahan.......



No comments: