Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Thursday, November 12, 2009

TAMPAR

Salam.....


Lama tak post entry sbb tak de gambar terbaru... asyik aje terlepas event-event yang ingin dicatatkan sbb camera dengan hubby lak.


Back to topic of this entry, cuba ingat-ingat balik sepanjang hidup kita ni berapa kali kita kena ......tampar???? Mesti kita boleh ingat kan! (terutama tamparan fizikal).... Bagiku...itulah tamparan pertama setakat ini dan minta2 tak nak lagi sepanjang hayat dikandung badan. Ianya semasa kita di Tingkatan 1 di SMK Raja Muda Parit Jawa, kelasku 1 Cendekia diarahkan oleh seorang guru baru ke perpustakaan dan sebagai pengawas kita diminta servay duulu, Library sedang dikemaskini... so kita pun nak pergi ke kelas memberi laporan la kononnya. Sebelum sampai ke kelas, belum habis pun anak tangga kupanjat guru itu ada di hadapan, bila ku buka mulut "Cikgu ... tak boleh ke library..." satu TAMPARAN pun hinggap di pipiku dalam termanggu... kata dari guru itu yg masih ku ingat "Berani ye awak nak melawn cakap saya"... dan dia terus berlalu ke pepustakaan... dan dengar khabarnya senior yg disapa di library juga kena TaMPar....
Yang ingin kukongsi bersama di sini ialah.... RAsa dan PERASAAN kita selepas DITAMPAR tu... ADUH!!!!! sakit di pipi itu tak seberapa tapi sakit dan sedih diHATI tu membuak2, seribu satu macam perkara dan persoalan ???? tiba2 muncul di fikiran, tekak terus rasa kering dan kelenjar2 air mata macam faham je keadaan kita langsung menyediakan medium salurannya "NANGIS" je la...
Tamparan fizikal di atas tadi berbza dengan TAMPAAN NON -FIZIKAL

Thursday, October 15, 2009

Monday, October 12, 2009

Projek 1000 Cupcakes

Salam Aidil Fitri

Nak dibuat cerita Raya seminggu kita bergegas balik rumah untuk siapkan tempahan kawan sekolah PK Koko Pn Hjh Rohanah Yahya, 1000 cupcake oren sebagai buahtangan perkahwinan anak sulungnya pada 27 September lalu. Inilah tempahan paling besar pernah kita terima setakat ini dan tak terfikir pulak masa terima tempahan ini keadaan akan jadi haru biru maklumlah dah ada baby baru.
Jumaat lepas dapat pengesahan tempahan terus kita berprojek anak beranak, dengan kekangan saiz handmixer dan besen pengadun jadi menjelang 9malam hanya 300pcs cupcake siap in single packing sempat dihantar oleh husband ke rumah Pn Hjh Rohanah.
Esoknya Sabtu 26 Sept projek ini berjalan dengan lancar sekali apabila mak abah mertua datang bersama 2 adik yang masih belum pulang ke kota. Di samping berprojek tu ramai jugak tetamu saudara mara dari kampung datang berkunjung. Di sini ingin kita merakamkan ucapan terima kasih pada mak, abah mertua, Adik Ati dan Amal... tanpa mereka rasanya menangis jugak nak siapkan. Pukul 9 mlm temapah siap untuk dihantar, .... leganya rasa sampai lupa nak ambik gambar la pulak. Gambar atas sekali tu suami snap guna handphone, 700pcs cupcake dalam Gand Livina untuk dihantar ke rumah Pn Hjh Rohanah. Terima Kasih Kak Ana.. moga cepat menimang cucu pulak lepas ni!!