Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Tuesday, March 17, 2009

Perkahwinan Am & As 25 Februari 2009


SALAM.....

Maaflah lama sangat tak update blog ni.... kebelakangan ni badan selalu sgt "habis bateri" jadi semakin pendek la masa santai di rumah yang sepatutnya boleh digunakan untuk online. Kenapa? nanti kejap saya sorot dulu apa yang berlaku sekitar cuti Tahun Baru Cina Februari lalu.. tunggu!!!!! Jamu mata dengan gambar-gambar ni dulu ye...














Monday, February 9, 2009

Kelas Pastri & Bakery Giatmara




Selepas kelas dengan kak fazlon hati ini masih berkobar-kobar nak belajar dan Allah beri kesempatan utk singgah di Giatmara dan alhamdulillah kelas terakhir untuk 2008 telah kita ikuti pada 20 Disember dari 9pg~4.30 ptg. Rupanya berbagai kursus ditawarkan dengan RM30 termasuk mengguntingg rambut, buat laman web, makanan sejuk beku, membuat kraftangan dan yang saya kagumi ade segelintir adik-adik kita yang lepas SPM, kat IPT pandai mencari peluang sebegini untuk menimba pengalaman.
Kelas dikendalikan oleh Chef Pastri Hotel Classic Chef Norazali Bin Amat Haman dan pesertanya 22 org. 3 Respi diajar dan kami bekerja dalam kumpulan 5 atau 6 org. Dalam gambar, yang dalam cupcake tu PANNETONE; seperti roti, sebelahnya dalam pinggan yang sama tu asalah APPLE CHEESE PIE dan KEK OREN BERKASTARD.


Saturday, February 7, 2009

Rumah Taman Puteri Kulai



Last disember juga kami pergi ke Kulai untuk menjenguk rumah kami, on the way tu kami singgah di Merrybrown Yong Peng, fast food yg confirm malaysian dan kebetulan ada pulak mascotnya kat depan tu macam tahu-tahu je kami nak datang...


Gambar di atas adalah gambar rumah yang kita beli masa kita dan suami bekerja kilang Coilcraft di Kulai. Selepas meninggalkan rumah ini untuk mengikuti KPLI di Maktab Batu Rakit Kuala Terengganu 2004, ia telah disewakan. Disember lepas kami ke sana menjenguk rumah kami ni selepas penyewa ke3 keluar. Tapi sedih rasanya.... pintu masterbedroom terkunci dan kuncinya pun tuan rumah tak tahu kat mana, pintu bilik tengah pecah, sinki bilik air dah tak de dan yang paling menyedihkan hajat di hati nak ambil kayu langsir tapi bayangnya pun dah tak nampak. Jiran cina sebelah ada cerita rumah ni pernah hampir kebakaran dan didatangi sepasukan bomba. Begitulah al kisahnya....