Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Monday, October 12, 2009

Projek Kuih Raya 2




Salam...

Projek 3 - Almond London, projek 4- Biskut Choclate Chip, projek 5- Biskut Suji Salju.
Dari 5 jenis ni 4 jenis adalah respi baru dicuba tahun ni..... Almond london lak nak cerita almondnya dibeli di mekah ke madinah gitu, buah tangan mak abah n nora balik umrah. Proses buatnya pulak beralih-alih tempat. Dohnya dibuat, digentel dan bakar oleh adik kita Nora, di rumah mak... tapi mak cerita... dia bawak doh tu sampai ke bilik... lastly abah pun tolong menggentel. Apa taknya si Nora lak baru kena "sunting" asyik aje bergayut kat telefon eeemmmmm..... gitu la org tengah belajo nak "bercinta". Lastly almond london tu di'coating' di rumah kita.

Tuesday, September 15, 2009

Projek Kuih Raya 2009 1

Salam.....
Anak-anak bila balik sekolah asyik aje menanya " bila umi nak buat ueh raya??" Mentang-mentang uminya ni ada di rumah..... So walau dalam pantang kita berprojek kuih raya jugak. Sebenarnya memang setiap tahun kita buat kueh raya sendiri, maklum lah kita dah biasa buatkan kuih utk rumah mak, mak mertua dan atuk sekali.Projek 1 - Biskut Kacang Peas


Projek 2 - Tat Rose - guna jem rozel

Monday, September 14, 2009

Hari JadiKu Ke 35





Hari ini Isnin, 7 September 2009 genap usiaku 35 tahun. Alhamdulillah Ya Allah besarnya nikmatmu ke atasku.... Umurku genap 35tahun dalam bulan Ramadhan, hari ke-21 berpantang bersalin anak ke-6. Alhamdulillah..... Sebab aam pantang tak dapat le makan kek kot... tapi tak tahu la macam mana... mak abah dan mak abah mertua atang berbuka dengan berbagai jadah berbuka di rumahku. Dan tika sibuk prepare utk berbuka, menghadap sinki dapur, anak2 menyanyikan aluan "Selamat hari jadi" dan kuterima ciuman suamiku, yg tak pernah miss menghadiahkan jambangan bunga dan tahun ini plus hadiah handbeg Alain Delon. Anak2 ku membuat kad ucapan sendiri dan menghaiahkanku sebuah buku masakan.