Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Tuesday, October 14, 2008

Aidilfitri 2008




Aidilfitri tahun ni tak de kamera... tak bergambar sgt. Ini baju raya tahun ni tapi segan nak bagitahu sebenarnya ni gambar raya 3 minggu semasa adik kita ED nikah baru ni. Memandangkan semasa raya pertama tu, jubah raya dan seluar baju melayu kurung Johor suami kita belum siap. kira aci la kan.... Satu lagi gambar sekitar rumah Kak Ani Parit Samsu.


Sunday, October 12, 2008

Catatan

Kalau direnung hakikat kejadian... manusia dicipta Allah sebagai khalifah di bumi ini.

Bermula dari setitis air mani, menjadi segumpal darah, seketul daging, disempurnakan Allah janin itu hingga lahir sebagai bayi dari perut sang ibu. Bayi itu dibesarkan menjadi manusia dengan pelbagai corak kehidupan keluarganya sebelum dia sendiri membina diri peribadinya, mengorak langkahnya sendiri, membuat pilihan dan membuat keputusan sebagai seorang manusia.

Manusia ini punyai pelbagai potensi dan keupayaan yang berkembang untuk mencapai tahap pencapaian tertentu. Sampai masa ditentukan Allah usia semakin lanjut manusia akan mula hilang "keupayaan" tadi satu persatu dan .... Cukup masa Allah beri untuk manusia itu hidup... akhirnya mati pula datang menjemput. Tetapi ini adalah satu bentuk hidup manusia yang "average"sahaja. Sesungguhnya mati tidak hanya di usia tua... ia mungkin datang pada bila-bila masa yang Allah tentukan.

Catatan ini diharap dapat dijadikan pedoman kita manusia yang masih hidup agar mengingati mati kerana ia PASTI datang! Ini juga dedikasi untuk arwah Kak Ro'ah yang meninggal dunia jam 2 pagi Khamis 9 Okt 2008. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami semua manusia yang selalu berbuat dosa dan tidak pernah puas dengan apa yang apa yang Engkau kurniakan kepada kami ya Allah. Ampunkanlah setiap dosa-dosa arwah kak Ro'ah, cucuri rohnya dengan rahmatMu dan jadikanlah kuburnya sebagai taman-taman syurgaMu ya Allah.

Friday, August 8, 2008

Peringatan Hari Ini

Salam...

Lama rasanya tidak 'update' blog ni.... almaklum lah kalau di rumah rasa komputer tu jauh sangat... baby yang dikelek selalu menang priority. Ini pun dari sekolah. Jadi isi hari ini adalah petikan dari email yg diterima.

Assalamualaikum wbtSekadar setitis ilmu PENTING NI....!!!!!!

Menguap..... semua orang menguap termasuk juga saya. tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap. Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut ....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah. Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai...huargh. ....huh.. ..haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Mengikut seorang ustaz.... setelah saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga. Sebenarnya syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan ..? Astarafilullah. .! begitu rupanya...lalainya saya. Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istirifar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan- sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan....

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...