Anak-anak bila balik sekolah asyik aje menanya " bila umi nak buat ueh raya??" Mentang-mentang uminya ni ada di rumah..... So walau dalam pantang kita berprojek kuih raya jugak. Sebenarnya memang setiap tahun kita buat kueh raya sendiri, maklum lah kita dah biasa buatkan kuih utk rumah mak, mak mertua dan atuk sekali.
Tuesday, September 15, 2009
Projek Kuih Raya 2009 1
Salam.....
Anak-anak bila balik sekolah asyik aje menanya " bila umi nak buat ueh raya??" Mentang-mentang uminya ni ada di rumah..... So walau dalam pantang kita berprojek kuih raya jugak. Sebenarnya memang setiap tahun kita buat kueh raya sendiri, maklum lah kita dah biasa buatkan kuih utk rumah mak, mak mertua dan atuk sekali.
Projek 1 - Biskut Kacang Peas

Projek 2 - Tat Rose - guna jem rozel
Anak-anak bila balik sekolah asyik aje menanya " bila umi nak buat ueh raya??" Mentang-mentang uminya ni ada di rumah..... So walau dalam pantang kita berprojek kuih raya jugak. Sebenarnya memang setiap tahun kita buat kueh raya sendiri, maklum lah kita dah biasa buatkan kuih utk rumah mak, mak mertua dan atuk sekali.
Monday, September 14, 2009
Hari JadiKu Ke 35
Hari ini Isnin, 7 September 2009 genap usiaku 35 tahun. Alhamdulillah Ya Allah besarnya nikmatmu ke atasku.... Umurku genap 35tahun dalam bulan Ramadhan, hari ke-21 berpantang bersalin anak ke-6. Alhamdulillah..... Sebab aam pantang tak dapat le makan kek kot... tapi tak tahu la macam mana... mak abah dan mak abah mertua atang berbuka dengan berbagai jadah berbuka di rumahku. Dan tika sibuk prepare utk berbuka, menghadap sinki dapur, anak2 menyanyikan aluan "Selamat hari jadi" dan kuterima ciuman suamiku, yg tak pernah miss menghadiahkan jambangan bunga dan tahun ini plus hadiah handbeg Alain Delon. Anak2 ku membuat kad ucapan sendiri dan menghaiahkanku sebuah buku masakan.
Nama Baby Baru

Masuk Wad Neonatal Intensive Care Day 7


11.45 tgh- Inilah first time sampai wad macam ni, nampak baby2 dalam incubator, dengar tangisan2 baby dan wad yang lebih kecil dari wad ibu bersalin. Sementara bersoal jawab dengan doktor tentang keadaan baby, baby kami diambil utk ujian darah, then kami mendapat gambaran yang Joundicenya serius, reading 241 tadi telah di'convert' kpd 411, jika lebih 430 tindaan 'tukar darah' perlu diambil. So baby terus dirawat secara "intensive photo". Sewatu nurse sedang menyediakan peralatan, baby diserahkan paa kami, bila dibuka kainnya.... Ya Allah tangan kirinya berbalut selepas diambil darah utk test tadi dan tangan kanannya dipasang tiub untuk drip. Terus rasa sebak menyegah naluri keibuanku, biarlah rasa sakit tu padaku sahaja, tak rela rasanya melihat insan kecil ini disakiti begini
.... tak mampu kutanggung lagi sebak itu 'merenggut' dada... deras airmata ini mengalir, bila kucuba pujuk hati utk 'tatak' .... suamiku yang tidak bersuara sedari tadi kudengar seperti menahan air di hidung, dia juga menangis rupanya.. tak lama kemudian dia keluar.....
But that was only the beginning., next was even worst... baby ku diletakkan di bawah 2 lampu UV atas dan bawah dalam keadaan menyarap dan berbogel di dalam baby kot yang kosong yang ditinggikan sedikit di bahagian hadapan. Dalam keadaan itu babyku menangis tidak selesa dengan tangan kanannya didrip air. Sesekali dia tertidur kepenatan, bila dia haus kususukan dan bila dia menangis kupegang tangannya, usap badannya sambil menangis....
Alhamlillah keadaan ini tidak lama, dalam pukul 3@4 pagi lampu UV bawah dimatikan, kotnya pun dialas tilam dan sudah boleh dipakaikan dyper. Nampak baby lebih selesa dan lebih banyak tidur dari berjaga. Wad itu rasa sangat sejuk hinga ku menggigil dibuatnya, nurse pun nampak takut dan menyuruhku menelan 2 biji panadol "takut bentan" katanya.

Wednesday, September 9, 2009
Hari Jadi Kakak
Sebenarnya Anak Sulungku Nurul Iman Bt Mohd Faizul ni lahir pada 4 Jun 1999, beza dua hari je dengan tarikh lahir lahir suamiku 2 Jun. Hari lahirnya jatuh pada minggu pertama Cuti Sekolah Semester Pertama tetapi terpaksa ditunda sambutannya kerana tak de sesiapa... ayah pun tak de. So lastly sambut masa sepupu dan makciknya Cik Yah dan Mak Andak pulang ke kampung
Musim Buah 2009
Musim buah tahun 2009 ni alhamdulillah dapat rasa durian kebun Pt Jamil, manggis dan pulasan halaman rumah atuk Pt Ibrahim. Nak dibuat ceritanya kat Pt Ibrahim utk dapat manggis dan pulasan tu atuk terpaksa korbankan 2 pokok rambutan kepada "sang monyet".
Inilah atuk kesayanganku yang selalu ingat anak cucu bila tiba musim buah, pokok manggis ni selalu dibelek-belek di cari mana2 manggis yang baru "mata ikan" dikait, dikumpul dan diperam tunggu anak cucu. Yang paling untung kami la... sebab 2 minggu sekali mesti balik umah atuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)