Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Monday, May 5, 2008

Mee Racun






Assalamualaikum ...


Ni posting backdated lagi, last friday 2nd Mei 2008.


Petang itu ade Mesyuarat PIBG di Bilik Gerakan sekolah. Nak dibuat cerita.... Penyata Kewangan Mac dah beres tapi Penyata Kewangan Tahunan 2007 kelam kabut sikit.... tapi rupanya tak perlu dibincangkan dalam mesyuarat hari ini kerana akan dibuat satu mesyuarat khas utk Mesyuarat Agung. Ini la akibat tak baca surat panggilan mesyuarat... ingatkan ini mesyuarat khas tu. Tapi kita diam je tak sebut pun ngan hubby betapa 'terkesima'nya kita.... tapi dah minta maap atas kekalutan yg kita dah timbulkan petang tu...


Pulang dari sekolah suami macam "offer" gi cari "Mee Racun" di Batu Pahat.... terus teringat kat Faisal ... my youngest brother yang akan mendaftar di MARSAH JB isnin 5 Mei. Secara 'imergency' arrange utk raikan dia ngan Mee Racun BP. Jadi selepas solat maghrib kami bertolak dari umah mak Pt Jawa... kami sefamily sekereta dan Faisal, Nora dan mak sekereta lagi. Abah tak ikut kerana ade program ceramah mingguannya.
Nak dijadikan cerita... tutup pulak warong Mee Racun tu.... rasanya utk menghormati kerja kawin jirannya yang berhampiran, sebab terdapat kanopi dan banyak kereta di lorong tepi warong tersebut. Biasanya warong tu cuma cuti hari Ahad. Today is really not my day.... So nak cover line... kami tujulah ke Carefour berhampiran. Lepas habis pening nak cari parking, pening pulak nak makan apa. Habis fikir... cuba la makan ala-ala kopitiam di "Renggit Cofee".
Tempat duduk kat Renggit Cofee ni pelik sikit ade rupa kuda-kuda kayu tu pulak. Yang lawak tu.... mak yang mulanya komen "jauh-jauh mcm ni cari makan?", "dah ngantuk lah" tapi bila tengok orang kluar dari Carefour ni bertroli-troli barangnya, mak jadi semangat lak nak shopping. Dekat kul 11.00 kami pulang ke rumah.
OK la.... walaupun hajat tak kesampaian tapi dapat jugak meraikan adik bongsu kita Faisal. Ucapan untuk Faisal.... "Cal... belajar betul-betul kerana Allah.... jgn asyik nak bersms je ngan Ain... hal jodoh serah la pada Allah...."

No comments: