Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Tuesday, May 6, 2008

Jatuh Katil



Assalamualaikum....

Ini posting Isnin 5 Mei 2008. Sebenarnya malu nak cerita tapi nak cerita jugak. ..

Malam tadi abang Mundzir terhantuk kerusi dapur dan berdarah bibirnya. Emm... this is not the first time actully... dan dah biasa sangat dia ni cedera sikit-sikit gini sebab memang dia tak tahu diam kalau di rumah sendiri, tapi lain sungguh kalau di rumah Kak Zana.




Kemudian sebelum tidur husband ada cakap, takut kalau si Sofea ni bergolek, jadi kami letak dia melintang supaya kalau bergolek pun ade banyak ruang lagi. Lebih kurang 3.15 pagi kami telah dikejutkan dengan dentum si Sofea jatuh katil. Kuat juga dia menangis tapi alhamdulillah tak lama, bila dapat susu terus dia diam. Kemudian kami terus monitor kalau-kalau dia muntah tapi alhamdulullah ok je dia smpai pagi.

Waktu hantar anak di rumah Kak Zana pengasuh Sofea dan Mundzir kami pulak rasa segan sendiri ... macam tak pandai jaga anak je... Mundzir bengkak bibir dan sofea pulak dah benjol akibat jatuh katil. Sofea ni memang menyarap lebih awal dari yang lain mungkin sebab dia berbadan lebih besar kerana lahir aje dah 4.15kg. Jadi balik dari sekolah petang tu jugak kami kemas dan tolak katil ke tepi dinding.

No comments: