Assalamualaikum
Ini aje gambar dalam simpanan, Anak-anakku, 1st Nurul Iman, 2nd Nurul Siham Hidayati, 3rd Nurhanani dan 4th Muhammad Mundzir Rabbani.
Hari ini genap sebulan aku berpantang selepas melahirkan Nur Amira Sofea pada 15 Januari lalu. Walaupun ini kali ke 5 aku melahirkan anak dari rahimku tetapi inilah kali pertama aku melahirkan anak dengan cara ceaserian... kata orang tu "ikut tingkap".
Sebenarnya, 3 minggu sebelum itu sewaktu regular check up doktor menyarankan ceaserian kerana kandunganku songsang tetapi kami tegas memutuskan untuk bersalin biasa lantaran pengalaman berjaya melahirkan anak ke2, Siham pada 2001- dalam keadaan songsang dan lipat kijang dengan berat 3.6kg.
Kemudian pd check up terakhir aku menarik nafas lega bila discan kandunganku sudah normal kedudukannya tetapi dari estimation doktor pakar bayiku besar sekitar 4.0 to 4.2kg dan advised ceaserian. Kata Dr dengan saiz itu komplikasi boleh terjadi seperti sangkut bahu yg akan menyebabkan retak, patah atau kerosakan saraf bahu. Jadi dengan linangan air mataku, kami pun setuju sahajalah. Aku pun tak pasti kenapa aku menangis... hinggakan selepas itu bila kembali ke sekolah kawan-kawan ku perasan dan bertanya kenapa. Tetapi.... rata-rata rakan2 guru di SMK(P) Sultan Abu Bakar Muar memberi kata2 semangat dan perangsang. Terima kasih semu temanku...
Isnin 14 Januari datang juga, selepas aku menyelesaikan segala urusan sekolah, aku ke hospital Sultanah Fatimah, Muaruntuk admit ward. Bermula selepas solat zohor aku bertukar ke uniform pesakit: baju pink dan kain merah dan menjalani procedur "orang sakit" :check sana check sini, cucuk sana cucuk sini. Bila dah jadi "orang sakit" ni tiap waktu melawat mesti tertunggu2 wajah-wajah orang yang tersayang... siapa lagi.... suami, anak2, mak abah n adik-adik. Terima kasih juga buat 2 orang teman yg memberi kata-kata semangat dari jauh walau wajah tak pernah bersua, bakal.... Aida dari Kuching dan Ain "qulubulain Faisal" dari Selangor.
15 Januari, tak sempat masuk zohor, aku "dipersiapkan" dan dengan iringan suami aku disorong ke OT ... dengan air mata ku tak henti2 mengalir. Diri sendiri pun tak pasti kenapa menangis, takut kot... tapi sayunye rasa hati ini. Selepas ciuman suami di dahi, kucium tangannya dan di pintu masuk ke Dewan Bedah itu kami berpisah. Di dalam ade ruang menunggu. Dr Adila yang sign up caseku datang dan cuba menenangkanku... bila terpandang wajah suami ku yang setia menempel di muka pintu masuk tadi, air mata ini mengalir lagi.... dan bilaku dengar kata-katanye pada nurse di kaunter "Kesian akak, tu asyik tengok laki dia je" lagi meruntun sayu hati perempuan ku...
Kemudian aku dibawa ke OT, Aku berserah pada Allah yang nyawaku ditanganNya, dialah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan setiap makhluk. Rasa sejuk meyelinap ke segenap inci tubuhku. Rupanya begitulah bili yang dinamakan manusia "operation theater" dengan sebuah lampu besar yang ada banyak lampu2 kecil. Bermula dengan procedur "bius separuh", disuruh duduk dan menunduk untuk menyuntik ubat bius ke dalam tulang belakang, kemudian berbaring, pandanganku ke lampu besar diatasku ditutup dengan kain hijau.
Bila bius sudah berkesan, aku mula dibedah oleh Dr Adila dan seorang lagi rakannya. Aku dapat rasa semua yg berlaku ke atasku, dibelah, disedut keluar air dan darah, 2 orang Dr turut membantu menolak bayiku keluar dari arah belakangku, pukul 2.07 bayi perempuan seberat 4.15kg selamat dikeluarkan, selepas dibersihkan aku dapat mencium bayiku dengan bantuan nurse... air mataku tak dapat ku tahan... Ya Allah kupanjatkan syukurku. Lebih kurang pukul 2 setengah aku ditolak keluar ke bawah lampu UV untuk "dipanaskan", kemudian bertemu semula suamiku di pintu masuk tadi dan terus ke wad 14.
Sekian dulu... sambung next time, baby nk susu, Wassalam.
No comments:
Post a Comment