Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Wednesday, February 27, 2008

Pengalaman Ceaser


Sebelum ingatan ni jadi blur dek masa yang berlalu... ini episod last pengalaman ceaserku....
14 Jan... warded
15 Jan... ceaser
16 Jan... Boleh bangun dan urus diri dah, malam tu dah mula lawan 'tangisan anak' antara 4 org yang dah bersalin ceaser pada 15 Jan lalu. Alhamdulillah dalam banyak tu kita la yang boleh tidur paling banyak, baby 'eek-eek' sekali skala je. Kanan kiri drip ubat dan air pun dah dicabut, bebas la sikit.


17 Jan... Pagi-pagi lagi kusiapkan diri, ke toilet, tukar baju, kalau ikutkan hati nak aje mandi sebab ada air panas, tapi yesterday the doctor said 'after the plaster removed'... ikut je la. Nurse mandikan baby... aku duduk di kerusi, kemaskan lockerku... bila nurse datang untuk buat regular checking procedur, aku perlu melunjur di katil. Tekanan darah dan suhu badanku diambil. Bila baby sampai... ku susukan dan dia tidur di pangkuanku dengan bacaan al-ma'thurat. Doktor pakar datang buat pemeriksaan, Dr. Hussien egyption tu beri salam dan senyum... aku pun senyum je.. mesti dia masih ingat aku menangis di depannya masa disuruh buat 'dicision for ceaser'. Doktor ade menyebut 'discharge tomorrow'.. terima je la. Kemudian ku isi masa dengan membaca 'Dapur Impiana' dan cuba fikirkan bagaimana dapur impianku.... untuk rumah yang bakal dibina nanti... ...zzzz

Entah bila aku tidur... doktor datang untuk memeriksa dan membuka plaster... kemudian dia spray tahan sakit kot sebab perit plaster tadi tu terus hilang dengan sejuk spray tadi. Aku ini memang penakut sakit... tangan teringin nak rasa tempat ceaser tu tapi sendiri rasa ngeri. Menurut kata doktor.. dan dari cerita kawan-kawan.. tempat ceaser tu tidak dijahit macam org dulu-dolu... dalam sahaja dijahit.. jadi nanti bekasnya nampak macam garisan sahaja. Terkadang ku berfikir... agaknya senang la terbuka kalau 'renyah'.... eiii taaakkkuuuuttttttt!

Tengahari itu adikku Nora, Faisal, mak dan abah serta munzir datang. Si Nora baru first time tngok baby, excited dia snap2 gambar baby. Gambar-gambar dalam blogku inipun adalah kebanyakannya hasil snap camera handphone Sonynye. Abah nak ke KL... ke rumah Kak Long Dahlia, mak pula nak buat terapi tangan di unit terapi hospital ini juga. Kakak bertiga yang lain ni dah berkemas utk discharge tapi suami mereka belum datang.

Selepas waktu melawat aku dilawati doktor lagi... aku terperanjat doktor itu bertanya "Nak balik tak kak?" bagaikan ngantuk disorong bantal... apa lagi... cuma tak boleh bersilat je. Terus sms suamiku.... aku pasti suamiku akan datang ambil waktu melawat 4.30 ptg. Belum cecah pukul 4 pun dia dah sampai... aku pula sedang 'terlelap' dan belum salin baju pun. Sementara dia pergi bayar bil.. aku pun bersiap. Akhirnya sebelum keluar.. aku bersalaman dengan 3 org kakak yang spatutnya discharge dahulu daripadaku... dan ucap terima kasih kpada nurse-nurse yang baik-baik belaka. Ingin ku rakamkan jutaan terima kasih kpada semua orang yang menjadi nurse dan doktor kerana dedikasi mereka yang telah menolong merawat mmbantu dan menyelamatkan orang lain dalam dunia ini... dan membantu menjadikan kehidupan di dunia ini lebih baik. Semoga keikhlasan mereka dibalas Allah dengan kesihatan dan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. Aminnn...

Tidak seperti dahulu... aku biasa pulang ke rumah atuk(mak kepada makku) atau mak mertua .. kali ini aku pulang ke rumah makku di Parit Jawa... berhadapan padang Sek Men Raja Muda... oleh kerana aku tak perlu berurut dan mudah untuk suamiku mengurus anak yang bersekolah.
Di rumah mak... maklah yang banyak membantuku... itulah seorang 'mak'.... aku sebagai anak jauh skali mahu menyusahkan... tapi siapalah yang ingin disandarkan... emak jugalah.... walaupun pergelangan tangan mak sakit tapi... mak buat semua kerja-kerja rumah dan juga mengurus anak-anakku. Aku cuba sedayaku membantu dan membuat apa yang boleh... Atuk pun datang untuk melihat cicitnya yang ke-13... Mak mertua dan bapa mertua ku selalu datang menjenguk... mak mertuaku menolong mengurut badanku mana yang boleh... badanku rasa brangin dan kakiku masih bengkak lagi.... maklumlah bukan sperti beranak biasa... tak boleh berurut betul-betul, berbengkung, bertungku... Nurse klinik berdekatan datang melawat bagi memeriksa baby dan ibu baby... alhamdulillah Sofea tidak 'kuning' dan luka ceaserku 'ok'.

Masa berlalu... hari Jumaat 25 Jan Fauzee pulang bersama isterinya Shiela yang juga mengandung dan bakal melahirkan hujung februari ini. Fauzee pulang ini sebenarnya untuk menjemput mak abah ke JB sebelum terbang ke Kuching... kerana isteri adikku Yahaya, Mar akan bersalin juga awal Fbruari. Makku bakal menerima 2 cucu lagi awal tahun ini selepas Sofea (ke-6). Dan Ahad 27 Jan aku pulang ke rumah sendiri... dan bermulalah berpantang di rumah sendiri dan jaga diri sendiri. Aku buat apa yang mampu sahaja... alhamdulillah Allah atur semuanya.. suamiku yang bkerja sendiri banyak mmbantuku di rumah... dia akan mandikan munzir dan angkatkan air mandiku sebelum dia keluar. Jika tiada 'call' dia akan berada di rumah dan menolongku menyidai baju dan mandikan baby.

Aku juga menerima kunjungan jiran tetanggaku, Kak Rosni, Kak Laili dan Fadhilah. Abang tiriku Bang Ais-Nora. Sedara maraku juga ramai yang datang... Cik Emon, Ais-Min, Bg Adin-Kak Milah, Mak Isah. Yang memeranjatkan aku ialah khadiran Linda dan kawan-kawan lama; Rita, Amy, Azlina dan Zila... dan tidak diduga rupanya Zila adik Abg Mail jiran sebelah rumahku...
Sekian dulu... sofea pun dah menangis nak mandi, Wassalam.

Friday, February 22, 2008

Masak Apa Ari Ni

Assalamualaikum..

Pagi tadi terbangun pukul 4 pagi... terus terfikir nk breakfast apa ye??... Almaklumlah, si uminye ni ade kat rumah, tak patut rasanye biarkan anak berlapar ke sekolah dan surud husband beli sarapan je. So bangun, ke dapur dan mula la menguli sejenis makanan jawa yang dipanggil "Jambal Kunto", sorry gambar blur sebab ambik dekat sangat guna handphone je. 2 Jam cukup la untuk biar dia naik dan boleh digoreng. Kuih ni biasa di kalangan orang jawa dan johor amnya... tapi resepinya pelbagai. Asasnya macam roti atau donut juga. Bagi kebanyakan orang jawa kawasan Muar ni gunakan 'yis segera mauripan' dan 'potas' tapi biras tiri, Nora isteri Abg Ais yg berasal dari Kluang gunakan 'baking soda' dan 'baking powder'. Kalau nak resepi, ia serupa dengan 'jenekek' dalam Fp Rozzan.
Personally, ini kuih favorite keluarga mertuaku... klu musim raya, berkumpul 10 adik beradik yg 8 daripadanya dah berumahtangga, sorang abang buka 1 lagi cawangan dan cucu seramai 46 org (setakat ini) ... ini la breakfastnye.. 2 kilo tepung sekali dihadap. Mak mertua suka guna air kelapa instead of air biasa kerana ia membuatkan dough naik lebih cepat dan boleh terus digoreng. Mak mertua ni 'raja memasak', tak sabar nak tunggu habis pantang kerana dia ade offer, kalau nak belajar deko kek bawak kt dia butter, gula icing dan kertas minyak je.


Lihatlah baby sofea sedang diulit intan, biasanya kalau lepas mandi around pukul 9 ke 10 tu, dibedung kuat siap ikat lutut, dia akan tidur sampai menjelang petang, kalau 'eekkk' 'eekkk' nenen sekejap dah tidur balik. Jadi tengahari tadi sempat la masak nasi ayam. Resepi campak-campak-campak je... sup tu lebihkan sayur dan tambah carot putih.. untuk orang yang masih dalam pantang ni. Cuma masalahnye... sos atau sambal nasi ayam tu tak pandai lagi, search jugak kt Fp, ade orang masukkan halia, ade tak de halia, ade yang tumis dan ade yang blend aje... last sekali buat la yang tak tumis dan tak de halia, tapi macam tak jadi . Gambar tak dan ambik....
Petang ni belum buat ape2 tapi anak2 dok perabis puding atau agar-agar roti petang semalam, yang di'cilok' dan di'suaipadan' dari resepi Kak Liza dan Mak Lang.
Sekian dulu... Wassalam

Wednesday, February 20, 2008

Pengalaman Ceaser


Munzir pangku baby, sofea sbelum cukur


Masa di hospital, dan beruniform merah hospital itulah aku.


Salam ...
Subuh Rabu 16 Januariku dimulakan dengan 2 orang nurse membersihkan aku seluruh badan secara ‘instant’ sekitar pukul 5 pagi… siap bagi bedak powder sapu kt muka… nak gelak juga dalam hati sebab aku sendiri dh lama tak berbedak… tapi aku ikutkan aje.
Aku diberi minum air kosong secawan lagi dan kepala katil dinaikkan lagi dan aku bersandar beralas bantal, lega rasanye…. tapi masih lapar. Lebih kurang pukul 8 suamiku sempat singgah .. sekadar sebuah ciuman dan memberitahu dia nak ke Lenga, sebelum doktor meronda dan aku diberi sarapan kosong sahaja. .. kucuba bangun untuk duduk namun macam belum berdaya..
Untuk mengisi masa ku capai majalah ’Dapur Impiana’, Buku Syed Qutub Ranjau Sepanjang Jalan dan Al-Ma’thurat berselang seli, sejak masuk wad 14 Jan lagi.
Entah bila ... aku tertidur dan tersedar dek tangisan baby, rupanya babyku sudah disebelahku. Bagaikan tindakan semulajadi, aku terus berpaut pada besi katil dan duduk, lalu baby ku ambil perlahan-lahan sedaya upayaku... kucuba susukan, memang susah kerana dia belum pandai, tapi perlu diajar segera... dapat juga dia menyusu dan kembali tidur, entah kenyang ke tidak.. Alhamdulilah anak telah mendorongku supaya berusaha untuk duduk...

Aku bertanya pada nurse ”bila boleh makan?” Jawapannya lembut, aku perlu start dengan makanan lembut sahaja seperti bubur dan sup. Selepas nurse berlalu aku jenguk bubur nasi mak mlm td, Alhamdulillah tk basi.... kujamah 4 ke 5 sudu.... emm sedapnye.. lapo sgt sebenonye. Tengahari itu aku diberi lunch bubur nasi, ayam masak kurma dan sepotong nenas, dalam dulang dan stail wad 2nd class . Biasa la hospital bukan ’jaga’ macam ’mak kita’. Suami ku datang dan menunjukkan banyaknya ’sms tahniah’ dari sedara dan kawan. Berita yang buatku menarik nafas lega ialah kes Aida selesai.

Petang itu tiub urine dicabut dan nurse menggalakkan aku cuba bangun, turun katil dan berjalan. Tiba waktu untuk ke toilet, ku cuba sedaya upaya turun katil dan duduk di kerusi dulu, kemudian bangun... ya Allah terasa beratnye dan pedihnya perut ni... ku ampu perut dengan tangan dan perjalan perlahan-lahan ke toilet. Begini rupanya ’orang ceaserian’ ...

Petang itu juga sempat kulihat scene ”Grace Anatomy” live depan mata kali ke2 bukan apa macam ’sessi viva’ doktor pelatih pelatih gitu... terkenang zaman belajar dulu... gerunnye waktu di’viva’ depan model ’stim combution chamber’ oleh lecturer dari India 11 years ago.
Petang ... seperti biasa suami tercinta dengan kakak, kak ngah dan kak uda Nani. Mak, Abah, Faisal dan Munzir. Munzir dah mula minta nak pangku baby. Masa pun berlalu dan walaupun masih makan bubur namun kurasa tenaga badanku semakin pulih... Cuma lapar .... maklum la hampir 24 jam berpuasa semalam... alhamdulilah ade biskut dan buah... ape lagi ngap le sikit-sikit.

Sekian dulu, Wassalam.

Tuesday, February 19, 2008

37 Hari berpantang






Salam ...Pengalaman ceaserku....
Hampir pukul 3 ptg aku dimasukkan ke wad 14 Hospital Sultanah Fatimah Muar... bukan ke ward 2nd kelas sebelum ini tetapi ke ruang wad kelas 3 kerana mudah untuk nurse monitor org lepas ceaser sepertiku. Slps memakaikanku tudung suami ku digesa keluar kerana belum lg waktu melawat. Rupanya slps ceaser kita perlu berbaring flat tanpa bantal supaya ubat bius tidak naik ke atas dan masih perlu berpuasa kerana ditakuti muntah. Anakpun dinursing. Apa lagi yg boleh dibuat dalam keadaan itu... baring tengok kanan kiri dan tidur je la....
Tiba waktu melawat, Kak Lin jadi orang pertama sampai... walaupun kurang kesempatan mengenalinya, Kak Lin orang yang baik hati dan menolongku membawa anak balik dari sekolah agama (petang) ke rumah. Tinggal jauh di Bukit Pasir tetapi bekerja di Pejabat Agama Muar. Setiap hari dia akan ke taman perumahanku utk mengambil anaknya yang belajar di Pasti AlRahmah, kesempatan inilah yg kuambil iaitu menumpangkan anak2ku.
Lepas pukul 5.30 suamiku sampai bersama kakak, siham dan hanani. Excited mereka nak tengok 'adik baru'. Kemudian kedua-dua mak abah dan Faisal. Sayu hati ku melihat mak mertuaku menitiskan air mata dan menciumku apabila melihat keadaanku... almaklumlah, sudah 18 jam aku berpuasa... dah la baring tanpa bantal macam tu, tangan kanan dan kiri dicucuk jarum dan di'drip' ubat dan air.... memang nampak macam 'orang sakit' sangat. Kemudian Cik Don dan Mak Iti juga datang dan mereka juga orang terakhir pulang.
Menjelang malam sakit pinggang mula terasa... aku cuba gerakkan kaki dan sesekali ku angkat dan bengkokkan kaki yang masih kurang 'berasa', perut memang la lapar.... Setiap 4 jam aku diperiksa tekanan darah, di'jeb' ubat tahan sakit di pangkal peha. Menjelang malam, baru ade nurse beri minum secawan air kosong guna straw dan kepala katil dinaikkan. Tengah malam... sakit pinggang menjadi-jadi.. aku cuba mengiring ke kanan dan kiri dgn berpaut pada besi sisi katil, rasa sakit pula jarum di tanganku akibat tertarik dan juga di perut mungkin kerana aku 'mengejutkan' otot perutku yang luka. Begitulah malam itu berlalu dan terasa panjang sekali....

Di sertakan gambar baby Sofea baru lahir yang berambut tu.... dan yang berbalut towel dan berbedung kain pink tu gambar sekarang selepas dicukur oleh suamiku. Wassalam

Saturday, February 16, 2008

Sebulan Berpantang




Assalamualaikum

Ini aje gambar dalam simpanan, Anak-anakku, 1st Nurul Iman, 2nd Nurul Siham Hidayati, 3rd Nurhanani dan 4th Muhammad Mundzir Rabbani.

Hari ini genap sebulan aku berpantang selepas melahirkan Nur Amira Sofea pada 15 Januari lalu. Walaupun ini kali ke 5 aku melahirkan anak dari rahimku tetapi inilah kali pertama aku melahirkan anak dengan cara ceaserian... kata orang tu "ikut tingkap".

Sebenarnya, 3 minggu sebelum itu sewaktu regular check up doktor menyarankan ceaserian kerana kandunganku songsang tetapi kami tegas memutuskan untuk bersalin biasa lantaran pengalaman berjaya melahirkan anak ke2, Siham pada 2001- dalam keadaan songsang dan lipat kijang dengan berat 3.6kg.

Kemudian pd check up terakhir aku menarik nafas lega bila discan kandunganku sudah normal kedudukannya tetapi dari estimation doktor pakar bayiku besar sekitar 4.0 to 4.2kg dan advised ceaserian. Kata Dr dengan saiz itu komplikasi boleh terjadi seperti sangkut bahu yg akan menyebabkan retak, patah atau kerosakan saraf bahu. Jadi dengan linangan air mataku, kami pun setuju sahajalah. Aku pun tak pasti kenapa aku menangis... hinggakan selepas itu bila kembali ke sekolah kawan-kawan ku perasan dan bertanya kenapa. Tetapi.... rata-rata rakan2 guru di SMK(P) Sultan Abu Bakar Muar memberi kata2 semangat dan perangsang. Terima kasih semu temanku...

Isnin 14 Januari datang juga, selepas aku menyelesaikan segala urusan sekolah, aku ke hospital Sultanah Fatimah, Muaruntuk admit ward. Bermula selepas solat zohor aku bertukar ke uniform pesakit: baju pink dan kain merah dan menjalani procedur "orang sakit" :check sana check sini, cucuk sana cucuk sini. Bila dah jadi "orang sakit" ni tiap waktu melawat mesti tertunggu2 wajah-wajah orang yang tersayang... siapa lagi.... suami, anak2, mak abah n adik-adik. Terima kasih juga buat 2 orang teman yg memberi kata-kata semangat dari jauh walau wajah tak pernah bersua, bakal.... Aida dari Kuching dan Ain "qulubulain Faisal" dari Selangor.

15 Januari, tak sempat masuk zohor, aku "dipersiapkan" dan dengan iringan suami aku disorong ke OT ... dengan air mata ku tak henti2 mengalir. Diri sendiri pun tak pasti kenapa menangis, takut kot... tapi sayunye rasa hati ini. Selepas ciuman suami di dahi, kucium tangannya dan di pintu masuk ke Dewan Bedah itu kami berpisah. Di dalam ade ruang menunggu. Dr Adila yang sign up caseku datang dan cuba menenangkanku... bila terpandang wajah suami ku yang setia menempel di muka pintu masuk tadi, air mata ini mengalir lagi.... dan bilaku dengar kata-katanye pada nurse di kaunter "Kesian akak, tu asyik tengok laki dia je" lagi meruntun sayu hati perempuan ku...

Kemudian aku dibawa ke OT, Aku berserah pada Allah yang nyawaku ditanganNya, dialah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan setiap makhluk. Rasa sejuk meyelinap ke segenap inci tubuhku. Rupanya begitulah bili yang dinamakan manusia "operation theater" dengan sebuah lampu besar yang ada banyak lampu2 kecil. Bermula dengan procedur "bius separuh", disuruh duduk dan menunduk untuk menyuntik ubat bius ke dalam tulang belakang, kemudian berbaring, pandanganku ke lampu besar diatasku ditutup dengan kain hijau.
Bila bius sudah berkesan, aku mula dibedah oleh Dr Adila dan seorang lagi rakannya. Aku dapat rasa semua yg berlaku ke atasku, dibelah, disedut keluar air dan darah, 2 orang Dr turut membantu menolak bayiku keluar dari arah belakangku, pukul 2.07 bayi perempuan seberat 4.15kg selamat dikeluarkan, selepas dibersihkan aku dapat mencium bayiku dengan bantuan nurse... air mataku tak dapat ku tahan... Ya Allah kupanjatkan syukurku. Lebih kurang pukul 2 setengah aku ditolak keluar ke bawah lampu UV untuk "dipanaskan", kemudian bertemu semula suamiku di pintu masuk tadi dan terus ke wad 14.
Sekian dulu... sambung next time, baby nk susu, Wassalam.

Wednesday, February 13, 2008

Pengalaman Pertama

Assalamualaikum
Ini adalah hari ke 29 berpantang selepas kelahiran anak ke-5ku yang juga merupakan anak perempuan ke-4ku, Nur Amira Sofea Bt Mohd Faizul. Blog ini ingin kucipta sebagai lakaran peristiwa kisah kehidupanku, semoga ia menjadi peringatan untuk diriku sendiri betapa kita harus menghargai setiap saat yang Allah berikan untuk kita hidup dan menjadikan diri kita HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK YANG BAKAL MENDATANG LEBIH CEMERLANG DARI HARI INI.

Jika paparan dalam blog ini baik untuk ditatapi, jadikan pedoman tapi kalau sebaliknya jadikanlah ia pengajaran. Di samping berpantang dan memahami baby sofea, aku juga melayan kerenah bujangku Munzir. Munzir semakin tagas dan menyerlahkan kelelakiannye, berlainan benar dengan anak-anak daraku bertiga sebelum dia iaitu Kakak Iman, Kak Ngah Siham dan Kak Uda Nani.

Panjangnya masa terluang di rumah dan kemudahan internet membolehkan ku bertenet dan serve benda-benda yang ku minat iaitu menimba ilmu bakeri dan ilmu memasak untuk melengkapkan diri sebagai isteri dan ibu. Special thanks to my husband yang menunjukcara mcm mana cipta blog.

Ok, sekian dulu, belum ada gambar2 yang boleh diupload. Till next time... wassalam