Assalamualaikum....
Alhamdulillah segala puji kepada Allah yg hanya Dia yg layak disembah, selawat dan salam kpd sabda junjungan Nabi Muhammad Rasullullah serta para sahabat...
Lamanya tak update blog sendiri ni... dan kali ini dalam kelapangan Cuti Bersalin 90hari ini, insyaAllah blog ini akan selalu diupdate...
Pada 9 bulan yang lalu, lewat Ramadhan 2010, Allah menganugerahkanku kehamilan ke7, rasa diri seperti tak bersedia kerana Syuhada baru 1 tahun, tapi pasrah dengan ketentuan Allah kerana Dialah yg maha tahu apa yang terbaik buat kita. Seperti yang dicanang oleh kebanyakan jururawat ini akan jadi kelahiran yag terakhir kerana 2 kelahiran lepas adalah secara pembedahan, dan lagi jaraknya agak rapat jadi anak yang ini juga perlu dibedah dan prosedur 'ikat' pun perlu dibuat. Ku turuti saja kerana pasrah dek pelbagai resiko yg dinyatakan oleh doktor sekiranya beranak normal atau mengandung lagi.
Jauh di lubuk hati ku ingin anak lelaki lagi seorang, tapi tak brani berharap sekadar ku selitkan dalam doa sahaja.. Tapi pada satu hari Munzir yg kini 5 tahun ada berkata "Umi... nak la baby lelaki macam Abang(panggian dirinya), macam ayah". Aku cuma mampu membalas "Allah je yang boleh buat macam tu... Abang doa la lepas tiap solat minta dengan Allah ye"..
Akhirnya... pada 23 May 2011 selamatlah ku dibedah dan alhamdulillah... apa yg nurse tunjuk sejurus baby dikeluarkan itu adalah yang sangat ingin ku lihat pada anak ke 7 ku .... Ya Allah banyaknya nikmat kurniaanMu padaku...terasa diri ini begitu kecil, Ya Allah jadikanlah aku umatmu yang bersyukur...
Selepas selesai semua... keluar dari OT terus kubisik ke suami "nanti ajar Munzir sujud syukur ye bang"
1 comment:
Tahniah Cikgu!
Syukur alhamdulillah Cikgu selamat lahirkan baby comel..hehe..and dapat apa yang Cikgu mahukan.. ^^
tahniah sekali lagi..
-aqilah ismail, ex SAB student-
Post a Comment