11.45 tgh- Inilah first time sampai wad macam ni, nampak baby2 dalam incubator, dengar tangisan2 baby dan wad yang lebih kecil dari wad ibu bersalin. Sementara bersoal jawab dengan doktor tentang keadaan baby, baby kami diambil utk ujian darah, then kami mendapat gambaran yang Joundicenya serius, reading 241 tadi telah di'convert' kpd 411, jika lebih 430 tindaan 'tukar darah' perlu diambil. So baby terus dirawat secara "intensive photo". Sewatu nurse sedang menyediakan peralatan, baby diserahkan paa kami, bila dibuka kainnya.... Ya Allah tangan kirinya berbalut selepas diambil darah utk test tadi dan tangan kanannya dipasang tiub untuk drip. Terus rasa sebak menyegah naluri keibuanku, biarlah rasa sakit tu padaku sahaja, tak rela rasanya melihat insan kecil ini disakiti begini
.... tak mampu kutanggung lagi sebak itu 'merenggut' dada... deras airmata ini mengalir, bila kucuba pujuk hati utk 'tatak' .... suamiku yang tidak bersuara sedari tadi kudengar seperti menahan air di hidung, dia juga menangis rupanya.. tak lama kemudian dia keluar.....
But that was only the beginning., next was even worst... baby ku diletakkan di bawah 2 lampu UV atas dan bawah dalam keadaan menyarap dan berbogel di dalam baby kot yang kosong yang ditinggikan sedikit di bahagian hadapan. Dalam keadaan itu babyku menangis tidak selesa dengan tangan kanannya didrip air. Sesekali dia tertidur kepenatan, bila dia haus kususukan dan bila dia menangis kupegang tangannya, usap badannya sambil menangis.... Alhamlillah keadaan ini tidak lama, dalam pukul 3@4 pagi lampu UV bawah dimatikan, kotnya pun dialas tilam dan sudah boleh dipakaikan dyper. Nampak baby lebih selesa dan lebih banyak tidur dari berjaga. Wad itu rasa sangat sejuk hinga ku menggigil dibuatnya, nurse pun nampak takut dan menyuruhku menelan 2 biji panadol "takut bentan" katanya.
No comments:
Post a Comment