Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Sunday, April 12, 2009

Cuti Sekolah Seminggu Mac 09 Part 3


Salam...
Kami juga menyelusuri jejak sejarah yang ada di Taiping, Pertama ke rumah Che Ngah Ibrahim, tokoh sejarah yang suatu ketika dulu di buang negeri kerana dituduh bersetongkol membunuh JWW Birch dan telah meninggal dunia dalam buangan di Singapura.

Pada hari Khamis sebelum kami bertolak balik ke Muar, kami penuhi permintaan Iman melawat Muzium Taiping. Ruang muzium yang dibuka utk pameran hanyalah yang bertemakan alam sekitar iaitu rangka2 dan haiwan yang diawet. Rasa tak puas hati akhirnya terubat bila permintaan kami untuk melihat ruang sebelah yang terdapat tahta Raja Perak yang digunakan sebelum Raja Azlan naik tahta dibenarkan oleh pegawai muzium tersebut.











Dalam perjalanan balik kami singgah juga di Kalies Castle yang telah diminta oleh Iman untuk melawatnya sejak kami pergi ke Cameron Highland lagi. Ini adalah gambar2 yang dirakamkan oleh suami, kita lak dok dalam kereta aje kerana Sofea dan Mundzir sedang tidur.










1 comment:

QiLaZ said...

best nyer klu dpt g tmpt2 yg b'sejarah ni..huhu