Last disember juga kami pergi ke Kulai untuk menjenguk rumah kami, on the way tu kami singgah di Merrybrown Yong Peng, fast food yg confirm malaysian dan kebetulan ada pulak mascotnya kat depan tu macam tahu-tahu je kami nak datang...
Gambar di atas adalah gambar rumah yang kita beli masa kita dan suami bekerja kilang Coilcraft di Kulai. Selepas meninggalkan rumah ini untuk mengikuti KPLI di Maktab Batu Rakit Kuala Terengganu 2004, ia telah disewakan. Disember lepas kami ke sana menjenguk rumah kami ni selepas penyewa ke3 keluar. Tapi sedih rasanya.... pintu masterbedroom terkunci dan kuncinya pun tuan rumah tak tahu kat mana, pintu bilik tengah pecah, sinki bilik air dah tak de dan yang paling menyedihkan hajat di hati nak ambil kayu langsir tapi bayangnya pun dah tak nampak. Jiran cina sebelah ada cerita rumah ni pernah hampir kebakaran dan didatangi sepasukan bomba. Begitulah al kisahnya....
No comments:
Post a Comment