Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Monday, February 9, 2009

Kelas Pastri & Bakery Giatmara




Selepas kelas dengan kak fazlon hati ini masih berkobar-kobar nak belajar dan Allah beri kesempatan utk singgah di Giatmara dan alhamdulillah kelas terakhir untuk 2008 telah kita ikuti pada 20 Disember dari 9pg~4.30 ptg. Rupanya berbagai kursus ditawarkan dengan RM30 termasuk mengguntingg rambut, buat laman web, makanan sejuk beku, membuat kraftangan dan yang saya kagumi ade segelintir adik-adik kita yang lepas SPM, kat IPT pandai mencari peluang sebegini untuk menimba pengalaman.
Kelas dikendalikan oleh Chef Pastri Hotel Classic Chef Norazali Bin Amat Haman dan pesertanya 22 org. 3 Respi diajar dan kami bekerja dalam kumpulan 5 atau 6 org. Dalam gambar, yang dalam cupcake tu PANNETONE; seperti roti, sebelahnya dalam pinggan yang sama tu asalah APPLE CHEESE PIE dan KEK OREN BERKASTARD.


Saturday, February 7, 2009

Rumah Taman Puteri Kulai



Last disember juga kami pergi ke Kulai untuk menjenguk rumah kami, on the way tu kami singgah di Merrybrown Yong Peng, fast food yg confirm malaysian dan kebetulan ada pulak mascotnya kat depan tu macam tahu-tahu je kami nak datang...


Gambar di atas adalah gambar rumah yang kita beli masa kita dan suami bekerja kilang Coilcraft di Kulai. Selepas meninggalkan rumah ini untuk mengikuti KPLI di Maktab Batu Rakit Kuala Terengganu 2004, ia telah disewakan. Disember lepas kami ke sana menjenguk rumah kami ni selepas penyewa ke3 keluar. Tapi sedih rasanya.... pintu masterbedroom terkunci dan kuncinya pun tuan rumah tak tahu kat mana, pintu bilik tengah pecah, sinki bilik air dah tak de dan yang paling menyedihkan hajat di hati nak ambil kayu langsir tapi bayangnya pun dah tak nampak. Jiran cina sebelah ada cerita rumah ni pernah hampir kebakaran dan didatangi sepasukan bomba. Begitulah al kisahnya....

Raya Haji 2008 Di Bangi II





Sebelum ke Bangi sebenarnya kita sediakan 2 kek harijadi. Ni adalah kek harijadi Nurul atas permintaan Kak Pah.
Tengok la skill menulis masih tahap kayu lagi tangan ni. Sebenarnya bunga kek ni dah terluka semasanak dikleuarkan dari peti ais di rumah kita lagi dan dan di tambah lagi luka border tepinya masa dlm peti ais Kak Jit.





Raya Haji di Bangi











Tahun ni berubah angin, famili belah suami berhari raya haji di Bangi. Selalunya anak2 di Bangi balik ke kampung jadi kali ini kami yang kat kampung ni bawa mak dan abah beraya di Bangi. Pusat berkumpulnya di umah Kak Jit.





Friday, February 6, 2009

Birthday Anak2 Januari 2009

Salam. Lama sangat2 rasanya tak update blog ni dari hujung tahun lepas. Mulanya sibuk di kampung, pusing turn tidur umah atuk, mak mertua dan mak sendiri, hinggakan rumah jadi rumah persinggahan aje then bila dah balik ke rumah, talian telekom ada masalah pulak, komputer dibawa suami ke Kuala Terengganu pula dan berlarutan la hingga buka sekolah . Banyak juga event yang berlaku.... bermula dengan sibuk dek persiapan perkahwinan Ed & Ila, berhari raya haji di Bangi, kemudian bercuti ke Cameron Highland bersama keluarga Cik Don





Birthday Ngah Siham pada 10 Jan dan Sofea pada 15 Jan telah di'jamak'kan ke 18 Jan iaitu tarikh ayah pulang dari 3 minggu bertugas di

Kuala Terengganu. Oleh kerana tahun ini i've decided tema birthday kek 'bentuk nombor' utk semua anak, so as a start here are ;kek no 8 ni utk Kak ngah yg turn to 8 years this year and for baby sofea who turn to 1 year with number 1 cake. Deco dengan ganace dan strawberi yang lebih manis dari strawberi di Cameron Highland. My sister Nora also helped me in decorating the no 8 cake. She is up there in the picture holding sofea (tried to hide her head).