Jumaat 7 Nov 2008
Nak kata plan tak plan jugak.... hanya tengok "keadaan". Dalam kepalaku memang sudah berangan-angan nak ke Melaka sejak hari isnin lepas lagi tapi keadaan tidak mengizinkan. Hati ini melonjak-lonjak sebenarnya itu yang hari sekolah padaku tidak menjadi halangan utk curi masa ke Tanjung Keling. Kekadang diri sendiri tidak mengerti kenapa hati ini rasa 'begini' tapi ikhlas dari sanubariku, perasaan ini datang sendiri dari dasar hati tanpa ajakan atau paksaan dari mana-mana pihak. Sampai Abg balik solat jumaat masih belum terungkai keputusan nak ke Melaka atau tidak, ku fikir lagi.... kalau tidak mana mungkin ada peluang lain sebaik ini, Langsung ku "announce" kepada anak suruh bersiap2 n smua bersorak riang... At last "keadaan" itu tidak sepositif seperti yang diimpikan. Tapi sebab dah terlanjur kata, untuk memenuhi kegembiraan anak2 kami bertolak ke Melaka dan check in di Garden City. Ada kolam renang yang agak privercy.
1 comment:
topia xtakot air eh?
Post a Comment