Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Sunday, October 12, 2008

Catatan

Kalau direnung hakikat kejadian... manusia dicipta Allah sebagai khalifah di bumi ini.

Bermula dari setitis air mani, menjadi segumpal darah, seketul daging, disempurnakan Allah janin itu hingga lahir sebagai bayi dari perut sang ibu. Bayi itu dibesarkan menjadi manusia dengan pelbagai corak kehidupan keluarganya sebelum dia sendiri membina diri peribadinya, mengorak langkahnya sendiri, membuat pilihan dan membuat keputusan sebagai seorang manusia.

Manusia ini punyai pelbagai potensi dan keupayaan yang berkembang untuk mencapai tahap pencapaian tertentu. Sampai masa ditentukan Allah usia semakin lanjut manusia akan mula hilang "keupayaan" tadi satu persatu dan .... Cukup masa Allah beri untuk manusia itu hidup... akhirnya mati pula datang menjemput. Tetapi ini adalah satu bentuk hidup manusia yang "average"sahaja. Sesungguhnya mati tidak hanya di usia tua... ia mungkin datang pada bila-bila masa yang Allah tentukan.

Catatan ini diharap dapat dijadikan pedoman kita manusia yang masih hidup agar mengingati mati kerana ia PASTI datang! Ini juga dedikasi untuk arwah Kak Ro'ah yang meninggal dunia jam 2 pagi Khamis 9 Okt 2008. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami semua manusia yang selalu berbuat dosa dan tidak pernah puas dengan apa yang apa yang Engkau kurniakan kepada kami ya Allah. Ampunkanlah setiap dosa-dosa arwah kak Ro'ah, cucuri rohnya dengan rahmatMu dan jadikanlah kuburnya sebagai taman-taman syurgaMu ya Allah.

No comments: