Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Friday, October 31, 2008

Majlis Perasmian Bangunan Asrama Putera PKAYIM 2

Bekas Pelajar PKAYIM yang hadir ada la sikit ; 6 orang putera dan kita sorang sebagai duta puteri. Dalam ramai orang berasak2 nak bergambar dengan Tengku Yem ni kami pun terpaksa berasak jugak. sebelum gambar pertama ni di ambil sempat Tengku Yem cakap "lain kali nak letak gambar patung saya kat sini" mungkin penat gaknya.




















Berikut adalah gambar-gambar bekas pelajar PKAYIM yang dapat hadir pada hari tersebut

Perasmian Bangunan Asrama PKAYIM 1
















Pada 28 Ogos yang lalu kita menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Asrama Putera PKAYIM yang baru atas tiket bekas pelajar (alumni) yang tela disempurnakan oleh Tengku Ibrahim Ismail Tengku Mahkota Johor. Majlis ini juga termasuk dalam agenda Kembara Mahkota 2008 yang lebih dekat di hati rakyat dengan panggilan Tengku Yem. Lihatlah suasana majlis yang meriah walaupun dalam hujan,










Thursday, October 30, 2008

Barbeque di Bagan Lalang




Somewhere around Ogos.... sabtu lepas sekolah trus bertolak ke Bangi, unexpectedly rupanya Angah n Kak Ijah berpakat nak berkelah ke Bagan Lalang. Kak Ijah ngan Bg Judin lengkap dengan peralatan goreng kentang dan bakar ayam. Angah n kak No pun tak ketinggalan bawa bihun goreng... alhamdulillah kami dari muar ni tak tangan kosong.... ada la bawa manggis 2 plastik.


Balik tengah malam tu kami tidur di umah Kak Ijah... esoknya kami n kak Ijah ke Shah Alam jumpa Imah, MokCu dan Kak Long di pameran buku. Buat Kak Long Hidayah.... jangan jauhkan diri... kami semua sayang kak long, yang sudah tu biarlah berlalu, fikirkan masa depan.











Birthday Hanani Ke 5


Last Khamis 17 Julai 2008 Kak Uda Nurhanani genap berusia 5 tahun. Alhamdulillah sempat buat kek dan diraikan bersama Aisyah sekali di rumah sendiri aje. Kek yg warna coklat lak ni kek ke2 yang sebenarnya... asalnya adalah kek birthday ibu mertuaku Pn Hjh Rukiah Abd Kadir Jumaat 18 Julai. Tetapi mak dibawa oleh Bang Lid ke Bangi, nak dibawakkan takut tak cukup, tu yang jadi kek birthday ke2 Hanani ... tapi celebrate di rumah Yoyot bersama Tok Ayah.

Tuesday, October 28, 2008

Birthday Munzir 7 Julai 2008




Alhamdulillah bujangku Mohammad Mundzir Rabbani Bin Mohd Faizul telah berusia 2 tahun. Maapkan umi sayang... umi tak dan buat kek utk abang.

Saturday, October 25, 2008

PERNIKAHAN ED KAMIL & ILA

Ini gambar sekitar pernikahan adik ke2 kita pada tanggal Jumaat 17 Okt lalu. Pernikahan berlangsung di rumah Ila di Pt Besar Batu Pahat.




Ni hantaran dari pihak kami, tema gold tapi lupa la nk ambil gambo siap2 kat rumah dah kat rumah pengantin pompuan baru nak ambik gambo.... dah tak boleh dapat penuh.
Alhamdulillah pernikahan berjalan lancar tapi sekarang punya procedur selain lafaz taklik, ada lafaz serah terima mas kawin la, lafaz serah n terima anak la.... alhamdulillah la zaman kita tk de.
Buat Ed & Ila... akak doakan semoga kalian ber2 jalanilah kehidupan berumahtangga dengan berlandaskan iman dan taqwa. Jadikan setiap detik kehidupan berumah tanggamu sebagai ibadah untuk matlamat yang lebih besar menuju syurga.



Tuesday, October 14, 2008

Aidilfitri 2008




Aidilfitri tahun ni tak de kamera... tak bergambar sgt. Ini baju raya tahun ni tapi segan nak bagitahu sebenarnya ni gambar raya 3 minggu semasa adik kita ED nikah baru ni. Memandangkan semasa raya pertama tu, jubah raya dan seluar baju melayu kurung Johor suami kita belum siap. kira aci la kan.... Satu lagi gambar sekitar rumah Kak Ani Parit Samsu.


Sunday, October 12, 2008

Catatan

Kalau direnung hakikat kejadian... manusia dicipta Allah sebagai khalifah di bumi ini.

Bermula dari setitis air mani, menjadi segumpal darah, seketul daging, disempurnakan Allah janin itu hingga lahir sebagai bayi dari perut sang ibu. Bayi itu dibesarkan menjadi manusia dengan pelbagai corak kehidupan keluarganya sebelum dia sendiri membina diri peribadinya, mengorak langkahnya sendiri, membuat pilihan dan membuat keputusan sebagai seorang manusia.

Manusia ini punyai pelbagai potensi dan keupayaan yang berkembang untuk mencapai tahap pencapaian tertentu. Sampai masa ditentukan Allah usia semakin lanjut manusia akan mula hilang "keupayaan" tadi satu persatu dan .... Cukup masa Allah beri untuk manusia itu hidup... akhirnya mati pula datang menjemput. Tetapi ini adalah satu bentuk hidup manusia yang "average"sahaja. Sesungguhnya mati tidak hanya di usia tua... ia mungkin datang pada bila-bila masa yang Allah tentukan.

Catatan ini diharap dapat dijadikan pedoman kita manusia yang masih hidup agar mengingati mati kerana ia PASTI datang! Ini juga dedikasi untuk arwah Kak Ro'ah yang meninggal dunia jam 2 pagi Khamis 9 Okt 2008. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami semua manusia yang selalu berbuat dosa dan tidak pernah puas dengan apa yang apa yang Engkau kurniakan kepada kami ya Allah. Ampunkanlah setiap dosa-dosa arwah kak Ro'ah, cucuri rohnya dengan rahmatMu dan jadikanlah kuburnya sebagai taman-taman syurgaMu ya Allah.