Selepas solat ku masuki semula bilik kecemasan berpintu merah tadi, ku datangi Talhah.. yang tinggal tidak berapa lama lagi masa ku dengannya.... wajah itu kucium, kubelek jari-jemarinya.... masih lembut walaupun semakin biru..... tak lama ada ternampak wajah adikku Fauzi, suamiku mendapatkannya di luar, ada terdetik ... ingin nak minta dia bawa semua anakku yang lain ke situ... pastinya semua tertanya2; Mana umi ayah? Mana Adik? Memandangkan semuanya masih tidur, kakak pun masih mamai sewaktu kutinggalkan mereka subuh tadi.... tapi apa dayaku...
Selepas menyerahkan handfon dan handbeg yang dibawa Fauzi tadi, suami ku pergi membuat police report kerana doktor sudah memberitahu prosedur hospital :"Brought In dead" perlu buat prosedur "Post Motem"....Di hadapan ku beberapa orang nurse sedang membuka baju Talhah entah untuk tujuan apa, dyper yang dibuka agak kering... seperti baru sekali basahan, lalu talhah dibalut dengan kain putih yang tadi mengalasnya... dibalut longgar hingga ke kepala, kemudian diikat di kaki dan lehernya, .... perasaanku bagai mahu menegahnya... tapi airmata saja pengganti bicara, baju Talhah tadi dilipat kemas dan diserah kepadaku... Aku masih ingat aku ada berkata sambil menahan tangis.. "Kak.. boleh tak saya bukak mukanya.... saya nak riba dia?..." Nurse itu pun senyum tanda faham dan dibukakan ikatan yang dileher Talhah.... kemudian dia menempatkan katil Talhah ke bahagian tepi dan diberikan kerusi supaya aku boleh duduk. :"Ya Allah, Ya Allah.." itu sahaja seru di hatiku... "Adik... maapkan umi Dek.... klu umi pernah sia-siakan Adik,,,,,kalau umi bukan umi yang baik... Itulah yang bermain di benak fikiranku...sambil kupeluk dan kucium wajah itu, berulangkali.... memandangkan masaku kian singkat.... tanpa kuhiraukan pada mata orang-orang lain yang melewatiku, di situ....
Baju sebelah kiri adalah baju terakhir Talhah pakai, sebelah kanan baju dari dalam beg dari nursery Nur Kasih yang masih ada bau Talhah lagi masa tu.... jadi teman tidur 2, 3 minggu
Tak lama muncul Dr Fahmi.... ada menyebut tentang "pos motem" dan "cause of death" dengan suamiku. Lama juga kemudian ada doktor yang lebih besar dan tak sempat kubelek nametagnya.... "Puan sepatutnya saya yang bawa... tapi tak apalah... puan bawa dan puan ikut saya... ke Bilik Mayat untuk kita lakukan post motem" Seingatku.... aku tidak terkejut lagi... dan sudah mula sakit kepala sebab menangis. Suami ku tiada dan Dr Fahmi yang lengkap berbaju melayu dan bersamping kuning tolong membawa handbegku. Aku dibawa menaiki kereta wira ke Rumah Mayat yang tidak jauh dari Unit Kecemasan itu. Terasa asing....
Suamiku datang ke Rumah Mayat menyertaiku bersama 2 orang anggota polis dari Balai Polis Pt Jawa, rupanya kejadian ini berlaku di Pt Jawa maka laporan polis perlu dikeluarkan oleh Balai Polis Pt Jawa juga. Lama juga kami menunggu di Bilik Mayat itu.... Kemudian ada seorang anggota polis datang mengambil gambar Talhah diribaku dengan menyelakkan kain tadi hingga paras perut. Polis itu ada berkata "sihat ye anak awak ni" aku sempat tersenyum juga pada masa itu alhamdulillah sekurang-kurangnya ada sedikit yang menenangkan jiwaku di saat itu.... tapi entah apa sukar nak kuungkapkan... Bila ku hendak kemaskan kain balutan Talhah tadi.... sewaktu kupegang jari jemarinya untukku rapatkan tangan-tangannya ke badan semula... kusedari jarinya telah kaku.... Ya Allah janjimu benar, mati itu benar...... Allahuakbar! Allahuakbar!! Ya Allah beriku kekuatan..... Suamiku memegang bahuku memberi dorongan kuat. Lebih kurang Jam dinding menunjukkan masa 9 pagi, Doktor berbadan besar tadi meminta Talhah, selepas ciuman di dahi ku serahkan Talhah, kucari tangan suamiku minta dorongan lagi.... terasa haus di tekakku.... rupanya dari mlm tadi kami tidak minum langsung.... cuma berkumur saja sewaktu berwuduk subuh tadi.
Tak lama ada beberapa orang berbangsa cina datang bertanya semua, apa yang kami buat di situ, kenapa dan bagaimana.... di hujung perbualan barulah kami tahu mereka adalah orang press.... Lama selepas itu ada panggilan dari Cik Don diikuti ketibaannya, bersama Mak Iti dan anak2nya.... Anggota polis tadi datang kepadaku... bertanya jika Talhah pernah jatuh... kerana ada darah beku di kepala... tetapi sedikit sahaja katanya... maknanya itu bukan faktor penyebab ... Dr Fahmi juga ada berkata kepada suamiku yang terdapat sedikit susu di dalam paru-parunya, tetapi juga sedikit juga bukan faktor penyebab.... Kami menunggu sahaja... tanpa kata....
Suamiku dipanggil masuk.... kemudian Orang yang bertugas di situ membuka pintu dan berkata padaku... "Puan boleh pergi sebelah sana, boleh kalau nak ikut mandi dan kafankan jenazah... bunyinya agak aneh bagiku... tapi penat menunggu membuatku terus menghayun kaki ke bahagian hujung Rumah Mayat yang dimaksudkan... Bilik itu terbahagi dua oleh pertition berkain putih, sewaktu aku melangkah kaki ke bahagian yang kosong itu.... dapat kuamati yang di bahagian satu lagi ada 3 orang lelaki, dua orang darinya adalah suamiku dan Dr Fahmi.... Baru ingin kujengah ke situ... belum nampak apa yang berlaku.... Suamiku terlebih dahulu menegah "Umi tunggu kat luar... " Ia seperti arahan tapi diungkap tidak tegas, tidak seperti menegah.... ada sesuatu yang pelik dengan suaranya.... suaranya mengandung sebak .. dan isi di dalam hidungnya menyebabkan suaranya agak "sok sek, sok sek" ..... sepantas kilat aku faham apa maksudnya... namun... aku hanya menggeleng lemah..... tak mahu ke mana-mana mahupun mara lebih ke hadapan lagi, dadaku terasa penuh, Ya Allah mohon beriku kekuatan ....
Mereka sedang memandikan Talhah.... hanya terdengar bunyi air paip yang turun ke sinki aluminium.... Pandanganku tidak dapat terus pada Talhah, dihalang oleh badan mereka yang berdiri mengelilinginya.... Sejurus paip dimatikan, senyap.... batang tubuh Talhah diangkat ke atas kain putih yang telah siap diletakkan kapas dan serbuk-serbuk warna kuning itu.... itulah baru dapat kulihat full view.....Yang meruntun hatiku.... ialah garisan jahitan kasar yang melintang kanan ke kiri bahagian atas kepala dan satu lagi ada di dada hingga ke perut.... Ya Allah.... Talhahku.... Talhah dikapankan sementara aku menahan sebak didadaku... Hingga sebelum diikat di bahagian atas kepadanya.... Aku diizin jika mahu mencium... Ya Allah Talhahku.... Terasa sejuk sekali dahinya.... seperti dari peti sejuk..... Mohon kekuatan ya Allah....
Adegan di Rumah Mayat berakhir dengan Talhah kubawa keluar, kami naiki kereta kami, suamiku memandu dengan Cid Don di sebelahnya... Aku seperti sudah kepenatan..... terasa lemah bahuku.... dah tak mahu menangis. Kami menuju ke rumah kami sendiri...... Sewaktu menghampiri rumah.... aku hairan... banyak sekali kereta di tepi-tepi jalan..... kereta siapa semua ni...? Ya Allah....... baru kuingat... beberapa rakan guru sudah menalifon dari sejak di Rumah Mayat.... ramai sudah para sahabar, rakan2 guru, jiran... apa lagi ahli keluargaku..... Sampai sahaja, aku turun.... mataku nampak wajah-wajah para sahabat yang tidak kusangka bagaimana mereka tahu berita kehilangan ini dan datang ke rumahku di hari raya haji begini.... Aku cuba senyum.... tapi tak tahulah apa yang mereka nampak senyum pahit atau mata bengkakku.. Tapi tak sempat ku lihat semua... fikiranku cuma Talhah di tanganku .... Aku memasuki rumah.... di ruang solat rumahku sudah tersedia tilam bertulis nama Talhah hadiah Adik iparku Lia... Aku letakkan lembut Talhah di situ.... sambil terus duduk di situ.... Hati ku terasa pilu..... semua anak2 mula menghampiri.... di kanan kiri.... Aku tunduk menahan .... Ada mak datang sambil tangannya memegang bahuku... "Mah... ko kena kuatkan semangat, ko tak boleh macam ni... "
Kemudian satu-satu... rakan taulan, jiran-jiran mengucap takziah... ahli keluargaku.... semuanya....
Selesai solat zohor, dilangsungkan solat jenazah dan terus kami ke kuburan.... ditamatkan di sini sahaja...... kisah pilu ini di sini, dan biarkanlah begini...... sebagaimana catatan sebab dalam surat kematian Talhah "Pending For Chemical Lab Investigation"
Di kesempatan ini ingin saya rakamkan ucapan TERIMA KASIH tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga,saudara mara, jiran tetangga dan semua SAHABAT & RAKAN.... yang mebantu dalam segenap bentuk pertolongan dan memberi sokongan k
epada saya sekeluarga dalam mengharungi dugaan Allah perginya anak ke 7 saya di subuh Aidiladha pada 6 November 2011. Mustahil saya dapat membalasnya seumur hidup saya, semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua .... terima kasih
Umi tujukan tulisan ini buat anak-anak umi yang masih kecil.... Abang Mundzir, Sofea dan Syuhada... yang belum faham keadaan yang telah berlaku, umi pun tak mampu nak bercerita sedetail ini berhadapan dengan semua anak-anak umi ..... semoga kalian boleh membaca tulisan umi ini dan memahaminya sendiri suatu hari nanti. ..Macam kata uminya Delisa di akhir filem Hafalan Solat Delisa... "Kita pasti kan bertemu di suatu ketika nanti" Untuk itu anak-anak umi semua, walau apa pun, siapa pun kalian capai dan jadi suatu hari nanti... jadilah insan berhati mulia, jaga dan suburkan Islam dan burulah redha Allah sepanjang umurmu... kerana Talhah sudah pasti lama menanti kita di SANA... Sekian