Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Tuesday, November 2, 2010

Persaraan Kak Hjh Noor Pisah, PK SMK(P)SAB

Sejak hari selasa ke rabu last week kepala ni dok memikir apa la kek nk buat utk majlis persaraan Kak Noor Pisah seperti yg Kak Timah minta.... Tiba hari jumaat 29/10 selepas mesyuarat PIBG, terus ke bandar cari hadiah persaraan: Rehal & Al-Quran, on the way balik singgah kedai buah... alhamdulillah ade lak strawberry.... so decided buat kek strawberry ... Ambik anak2 kecik dulu.... alamak! esok kak zana tk boleh jaga anak.... Balik solat asar, ambik anak besar dari madrasah, gi jesery cari board untuk kek 1.5kg, sampai umah dah azan... dan minyak pun naik warning, Terus solat... lepas maghrib terus bake kek span ... siap deco semua dekat kol 12. Tidurkan diri.... padan la rasa ta larat sgt.... full swing dari pagi tak de rehat rupanya.... pening2 pun tk sempat. Sabtu 30 Okt... alhamdulillh bangun awal.... terus urus anak2 dan 6.30 pecut ke umah mak Pt Jawa letak anak2. Alhamdulillah ade mak dekat... sampai di sekolah pun tk lewat 7.15am. Lepas sekolah ke Pt Jawa... lepas maghrib baru balik umah... dengan debaran di hati... jangan la minyak abis tgh jalan.... Alhamdulillh sampai umah ngan selamat. Boleh tahan jugak ilmu tawakkal +malas nk isi minyakku... Nissan Grand livina 1.6 ni ku lanyak sekitar 60Km selepas warning...

Inilah kek persaraan Pn Hjh Noor Pisah Koming... yg tidak sepertinya.... banyak lg perlu ku pelajari...


Kek Strawberry
 Gambar2 adalah ehsan En Sidek. Terima Kasih Kak Timah kerana sudi tempah ngan saya, Terima Kasih cikgu Sidek tlg ambik kan gambo..

Friday, October 22, 2010

Kek Hantaran Anak Kak Milah SAB

Salam.... lama sungguh tak update blog ni.... ade saje kekangan nak mendapat peluang bertenet dengan sumber yang mencukupi.....
Ini adelah Kek Hantaran anak kak Milah SAB yang bernikah dengan adik kepada kelasmateku dulu waktu di darjah 4&5 di SK Pt Jamil Darat juga sepupu kepada sahabat kamcingku waktu remaja Cik Wah (Azwa). Kek ini diperlukan waktu nikah tengahari Jumaat 2 oktober, jadi seawal khamis 1 Okt tu kita ber'silat' di dapur dan mendeko semalaman, selepas menidurkan babyku dahulu. Rupanya banyak lagi yang perlu dipelajari.... bila sesekali mengadap kek bentuk 4segi ni ... menggigil dibuatnya nak dapat surface yang rata...
Terima kasih Kak Milah.... harap berpuas hati, Maap la tulisanku masih "out"!

Monday, July 26, 2010

Aksi Anak-anak

Diam tak diam.... Anak ke 6 ku, Syuhada dah hampir setahun bulan Ogos depan. Ini gambarnya sewaktu pertama kali naik walker... kalau dibiarkan di lantai.. aksinya begini... juga dipanggil sebgai "duduk pisang".








Monday, June 28, 2010

"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"








Tegur aku jika aku mulai sombong…
Tegur aku jika aku mulai angkuh…
Tegur aku jika aku mulai salah…
Kerana aku masih perlu sahabat seperti kamu…
Hari ini, esok dan selamanya...
JJJ

"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"




Persahabatan itu seperti tangan dgn mata...

Saat tangan terluka, mata menangis...

Saat mata menangis tangan menghapuskannya ...

"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"

Kirimkan ini ke semua teman2 mu yang kamu sayangi termasuk la saya kalau

saya salah satu darinya ... lihat berapa banyak kamu dapat balasannya ...

kalau lebih dari 7 ertinya

"U ARE LOVEABLE"






Wednesday, May 12, 2010

Projek Kek Minggu Lepas

Gambar kek coklat moist 500g dalam bekas plastik ni adalah projek mingguan yang selalu dibuat untuk kawan2 dan beberapa orang pelajar di sekolah SMK(P)SAB. Pada jumaat 7 Mei lalu Kak Hjh Fatimah Muharan menempah kek coklat 1kg untuk puteranya Muhamad Shafik.



Kek Hari Ibu ini pula sebenarnya 2 biji tempahan kawan SAB Pn Sa'adiah Rahmat untuk meraikan ibu dan ibu mertuanya. Terima kasih semua.... semoga hasil kerja tangan ini dapat memenuhi keinginan dan selera anda. Last sekali projek weekend lepas ialah bake chocolate cake untuk perkahwinan sepupu di Kg Sri Dalam, manakala tender mendeko diambil oleh kakak iparku Kak Fazida dari Bangi. Ada la sikit tangan ini membantu mana yang patut. Kak Fazida menggunakan teknik coloring Powder Color Spray Tan See Fong.

Cupcake & Cake






Cupcake ni ditempah oleh Kak Norizan Salleh untuk diberikan kepada sahabat guru dan pelajar Tun Kudu. Kek Hantaran tema biru ni adalah tempahan Mak Yah di kampung untuk pertunangan anak sulungnya Erun. Akhirnya kek tempahan Kak Bushra untuk puteranya Azfar, ini kiranya kek novelty pertama sebab ade sebiji kereta di atasnya... tapi bila nak deliver tak boleh ditutup kotak kek... jadi terpaksa la kita sendiri hantar ke rumahnya.








Tuesday, May 11, 2010

Pertunangan Abid & Zaid







Ini adalah 2 biji kek yang ditempah oleh sepupu kita Abidah Birin pada bilan Februari lalu. Satu kek berhias buttercream deconya roses dengan satu kek fresh cream dgn buah. Tulisan atas kek masih belum improve lagi... tangan ni masih kayu!



Wednesday, April 21, 2010

Setelah 5 Bulan Berlalu......




Assalam
Lamanya tak update blog ni sejak mula cuti sekolah Nov 2009 hingga kini baru berkesempatan dek ade saja yang berlaku pada sang kamera. Bermula dengan kamera itu di"hilangkan" oleh Sofea entah ke mana tapi Ahamdulillah sebelum ke Kuching dah jumpa... Sofea juga yang "jumpa'kan pun entah dari mana ceruk dalam rumah ni. Awal Januari balik dari Kuching, kamera pulak "tak nak balik" dan tertinggal di Kuching. Alhamdulillah sebelum Majlis Perkahwinan Nora kamera tu dah balik ke pangkuan kita juga akhirnya...
Sepanjang di Kuching kami menginap di rumah adikku Chief Insp Yahaya Md Bashah, isterinya Tengku Mariam beserta sepasang cahayamatanya Madiah dan Hakimi.