Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Thursday, October 15, 2009

Monday, October 12, 2009

Projek 1000 Cupcakes

Salam Aidil Fitri

Nak dibuat cerita Raya seminggu kita bergegas balik rumah untuk siapkan tempahan kawan sekolah PK Koko Pn Hjh Rohanah Yahya, 1000 cupcake oren sebagai buahtangan perkahwinan anak sulungnya pada 27 September lalu. Inilah tempahan paling besar pernah kita terima setakat ini dan tak terfikir pulak masa terima tempahan ini keadaan akan jadi haru biru maklumlah dah ada baby baru.
Jumaat lepas dapat pengesahan tempahan terus kita berprojek anak beranak, dengan kekangan saiz handmixer dan besen pengadun jadi menjelang 9malam hanya 300pcs cupcake siap in single packing sempat dihantar oleh husband ke rumah Pn Hjh Rohanah.
Esoknya Sabtu 26 Sept projek ini berjalan dengan lancar sekali apabila mak abah mertua datang bersama 2 adik yang masih belum pulang ke kota. Di samping berprojek tu ramai jugak tetamu saudara mara dari kampung datang berkunjung. Di sini ingin kita merakamkan ucapan terima kasih pada mak, abah mertua, Adik Ati dan Amal... tanpa mereka rasanya menangis jugak nak siapkan. Pukul 9 mlm temapah siap untuk dihantar, .... leganya rasa sampai lupa nak ambik gambar la pulak. Gambar atas sekali tu suami snap guna handphone, 700pcs cupcake dalam Gand Livina untuk dihantar ke rumah Pn Hjh Rohanah. Terima Kasih Kak Ana.. moga cepat menimang cucu pulak lepas ni!!

Bengkel Deko Kek Di Raya Ke-4




Hari Raya Aidil Fitri 2009


Salam Aidil Fitri Buat Semua....

Menjelang akhir Ramadhan.... kumohon agar dapat la kiranya satu atau 2 hari kunikmati manisnya bulan Ramadhan tahun ini.... tapi Allah Maha Besar.... menjelang Syawal doaku Allah tidak kabulkan..... mungkin Allah mahu memberi peringatan kepadaku akan besarnya Rahmat Ramadhan dan adakah aku menghargainya selama ini....

Pada 1 Syawal genap 34 hari kita berpantang.... jadi makan makan ni jaga ikut keadaan je lah... maklum lah bukan di rumah sendiri.... nak makan singgang/ pindang ke.... siapalah yg nak masakkan dengan semua rumah sibuk menyediakan juadah ketupat, lodeh, ayam masak kicap dan rendang. Jadi makan yang patut aje, ayam masak ungkep ke kicap gitu. Tapi dalam pada tu pagi raya pertama dan ke2 kita kena cirit birit pulak, alhamdulillah baby ok je.... tak tahu la apa yang jadi penyebabnya, kesian kat suami dan anak2.... petang sikit baru rasa lega dan baru dapat beraya.

Hari raya 2009 ini kulihat berbeza sedikit dari tahun lepas... di mana ada jiwa-jiwa yang terluka dalam riangnya takbir raya ... kini disinari kembali dengan kepulangan anak2 yang ditunggu-tunggu oleh si ibu dan bapa.

Projek Kuih Raya 2




Salam...

Projek 3 - Almond London, projek 4- Biskut Choclate Chip, projek 5- Biskut Suji Salju.
Dari 5 jenis ni 4 jenis adalah respi baru dicuba tahun ni..... Almond london lak nak cerita almondnya dibeli di mekah ke madinah gitu, buah tangan mak abah n nora balik umrah. Proses buatnya pulak beralih-alih tempat. Dohnya dibuat, digentel dan bakar oleh adik kita Nora, di rumah mak... tapi mak cerita... dia bawak doh tu sampai ke bilik... lastly abah pun tolong menggentel. Apa taknya si Nora lak baru kena "sunting" asyik aje bergayut kat telefon eeemmmmm..... gitu la org tengah belajo nak "bercinta". Lastly almond london tu di'coating' di rumah kita.