Kita Mulakan.....

List of Product option2 option3 option4

Wednesday, May 13, 2009

Pandan Layer kawan-kawan







Atas permintaan kawan; Kak Amy, Kak Jai, Kak Kintan..... pada 4 Mei kita buat kek pandan layer version kecik2 yg sesuai nak dijual kt kawan2. Jadi 8 biji kek pandan layer berhias kelapa tabur dan whipping cream bertatah ceri hijau dibawa oleh suami masa waktu akhir pada hari itu laris dan habis tak kurang juga yang terus order.

Jadi untuk memenuhi 10 order tu minggu ni kita prepare lebih iaitu 12 biji, tapi kali ini tanpa cream dan taburan kelapa... tak tabur kelapa tu sebab feedback ramai tak sukakan bau kelapa kering, tak letak cream pulak sebab pemutar mixer tu tertinggal kat umah mak.... masalahnya bila kita cuba atasi dengan pukulan tangan, lepas paip je terus cair.... jadi terpaksa la mengelap semula cream tu dari atas kek2 tu.. so....2.45pg la kita tidur ..... tapi habis juga.... Ini la rupa kek2 dok dalam peti ais kita.

Kelas Demo Pandan Layer Cake









Sabtu 9 Mei lalu, atas permintaan kawan sekolah terutama tuan rumah Kak Zarina, satu kelas demo Pandan Layer Cake telah kita kendalikan di rumah beliau dan dihadiri oleh Kak Mariam Zamimah, Kak Laila dan Cik Mas (mak cik Kak Zarina).

Sebenarnya cerita Pandan Layer Cake ni bermula semasa Kak Ros & Kak Ram minta "buat kek yg paling sedap" untuk meraikan persaraan Kak Milah. Jadi pada rabu 29 Mei lalu kita bawa ke sekolah kek pandan layer sebesar loyang 11 inci hiasan whipping cream tapi secara peribadi kita tak puas hati dengan hasilnya yg sememeh sebab masuk dlm bekas plastik 12inci n asyik aje kena tepi2 kek tu.... . tapi alhamdulillah rasanya digemari ramai rakan guru. Masa tu lak tak de camera so tak dapat la dirakam di sini. Tak kurang ramai yg melahirkan kehairanan macam mana kita boleh sempat buat kek ngan anak kecik2 n mengandung lagi....




elahirkan kee